Ethics and Professionalism
Bincangkan dengan ringkas tentang kepentingan Adab dan Etika bagi profesion sebagai pensyarah universiti.
Adab dan etika perlu dititiberatkan khususnya dalam kalangan pensyarah muda kerana setiap tingkah laku pensyarah sedikit sebanyak mempengaruhi dan memberi impak yang signifikan bukan sahaja dari sudut akademik dan penyelidikan, tetapi juga kredibiliti serta intergriti pensyarah tersebut. Dengan mengutamakan nilai-nilai ini, pensyarah bukan sahaja menyumbang secara positif kepada komuniti akademik tetapi juga menetapkan asas yang kukuh untuk pembangunan kerjaya mereka sendiri.
Bagaimana Adab dan Etika boleh mempengaruhi ekosistem akademik terutama dari aspek kepercayaan dan prestasi pelajar serta kredibiliti pensyarah?
Adab dan etika adalah komponen penting dalam ekosistem akademik, di mana ia mampu memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan pensyarah. Apabila pensyarah menunjukkan adab yang baik dan profesional, mereka boleh dijadikan sebagai “role model” kepada pelajar, menggalakkan mereka mengamalkan nilai yang sama. Pengaruh positif ini memupuk persekitaran pembelajaran yang hormat dan boleh dipercayai, yang membawa kepada penglibatan dan prestasi pelajar yang lebih baik. Selain itu, kredibiliti pensyarah juga terikat dengan tingkah laku mereka. Kepercayaan dan rasa hormat daripada pelajar dan rakan sekerja terbentuk atas dasar integriti pensyarah tersebut, yang penting untuk pengajaran yang lebih efektif malah mengukuhkan reputasi profesional dalam komuniti akademik di universiti.
Tiga cabaran utama yang biasanya dihadapi oleh pensyarah di universiti adalah:
- Membuat keputusan yang adil tanpa melibatkan urusan peribadi atau berat sebelah.
- Memastikan kejujuran dalam akademik dan mengelakkan plagiarisme dalam penyelidikan.
Apakah langkah- langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran ini?
Pensyarah perlu harus memodelkan tingkah laku yang beretika dengan cara mewujudkan persekitaran terbuka untuk membincangkan perihal akademik, dan memastikan hubungan atau pendapat peribadi tidak mempengaruhi keputusan penggredan pelajar. Selain itu, tingkah laku yang profesional juga boleh membantu mengekalkan objektiviti dan keadilan dalam menyelesaikan sesuatu masalah tidak kira dalam kalangan pelajar mahupun rakan sekerja. Tambahan pula, pensyarah juga perlu mendidik pelajar tentang kepentingan “citation” yang betul dan akibat daripada plagiarisme, dan menggunakan alat pengesanan plagiarisme yang betul bagi mengekalkan integriti akademik. Rubrik penggredan yang jelas dan piawai harus juga diwujudkan untuk memastikan keadilan dalam penilaian dan mengelakkan bias.