Aktiviti ‘Hijau Bendahari, Hijaulah Bumi: Siri 1’ Serikan Pintu Masuk Pejabat Jabatan Bendahari

Skudai, 12 Disember 2024 – Jabatan Bendahari UTM telah menganjurkan aktiviti menanam pokok bertemakan ‘Hijau Bendahari, Hijaulah Bumi: Siri 1’ di perkarangan pintu masuk pejabat pada jam 10 pagi. Inisiatif ini bertujuan menceriakan landskap pejabat sambil memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan kakitangan.

Pintu masuk bendahari diserikan dengan pokok keladi merah

Pokok yang dipilih ialah Keladi Merah atau Keladi Hias (Caladium bicolor), sejenis tanaman hiasan yang terkenal dengan corak daun yang unik dan berwarna terang. Berasal dari Amerika Selatan, tumbuhan ini sesuai dengan iklim tropika Malaysia dan mudah ditanam di dalam pasu atau tanah lapang kerana saiznya yang sederhana.

Aktiviti ini disertai oleh kakitangan pejabat Jabatan Bendahari dengan semangat kerjasama yang tinggi. Selain menceriakan landskap pejabat, usaha ini juga diharapkan dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif dan menyegarkan.

Aktiviti ini menyokong SDG 13: Tindakan Iklim dan SDG 15: Kehidupan di Darat, yang menekankan usaha memulihara ekosistem darat, melindungi biodiversiti, dan menggalakkan tindakan menentang perubahan iklim. Penanaman pokok turut menyumbang kepada SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari dengan mencipta persekitaran pejabat yang lebih hijau dan menyenangkan.

JK ALAM SEKITAR
GREEN OFFICE BENDAHARI

#sdg11 #sdg13 #sdg15 #greenoffice