Matlamat pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengandungi lima (5) :
1) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang pengajian, amalan penyelidikan dan profesional yang bersesuaian serta proses-proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.
2) Mempamerkan taraf etika yang tinggi, watak positif, dan tanggungjawab sosial
3) Menghayati dan sentiasa berpandukan nilai-nilai teras Universiti Teknologi Malaysia iaitu integriti, sinergi, kecemerlangan dan kelestarian
4) Berkomunikasi dan bekerjasama secara berkesan dengan ahli profesional yang lain serta masyarakat.
5) Menunjukkan keupayaan untuk belajar dan meningkat secara profesional dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sains, teknologi dan kejuruteraan