STICKER TRANSFER | SHORTEN PASS

To transfer visa to empty passport | To shorten the remaining pass validity

STICKER TRANSFER

Tujuan?

Jika memiliki pasport baru di Malaysia dan kosong. Visa dan Pas Pelajar perlulah di pindahkan ke pasport baru. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari Malaysia jika pasport baru masih kosong.

Bila perlu Transfer Sticker?

Digalakkan secepat mungkin setelah pelajar menerima pasport baru jika Visa masih valid lama ataupun 1 bulan sebelum keluar dari Malaysia jika memiliki Pasport baru dan masih kosong.

Nak submit IM55 (Renewal) dan ST dalam masa yang sama?

Jika pelajar TIDAK keluar dari malaysia sehingga proses IM55 selesai, tidak perlu buat ST. JIM akan tampal sticker Visa lanjutan terus dalam pasport baru. Jika Pelajar submit IM55 dan ingin keluar dari Malaysia (passport baru kosong) maka perlulah buat ST dahulu sebelum keluar dari Malaysia.

DOKUMEN CHECKLIST

  • Passport copy OLD + NEW (2 pages in 1 A4 paper)
  • Police report (Jika passport lama hilang)
  • Surat dari Embassy (Jika passport lama hilang atau rosak memerlukan pengesahan Embassy)
  • Original passport (perlu dihantar bersama permohonan)

SHORTEN PASS

Tujuan?

Bagi memendekkan validity pas sekarang supaya memudahkan permohonan Visa seterusnya di Malaysia.

Situasi yang memerlukan pelajar untuk Shorten Pass
  • Graduan dan pulang ke negara asal
  • Graduan dan menerima tawaran kerja
  • Graduan dan menerima tawaran belajar (progression)
  • Graduan dan ingin menjadi dependent kepada pasangan yang memiliki Visa di Malaysia / warganegara
  • Deferment
  • Gagal dan diberhentikan (perlu pulang ke negara asal)
  • Menarik diri dan pulang ke negara asal
  • Menarik diri dan menerima tawaran kerja
  • Menarik diri dan menukar Universiti (Variartion – Different University)
  • Menarik diri dan ingin menjadi dependent kepada pasangan yang memiliki Visa di Malaysia / warganegara
  • Pelajar Remote supervision yang ingin bekerja (menukar pas pelajar kepada employment pass)
  • Menukar kampus atau program UTM (variation – same university)
Bila perlu hantar permohonan?

GRADUAN / TARIK DIRI / DEFER / DIBERHENTIKAN DAN PULANG KE NEGARA ASAL :

  • sebaiknya 4-3 minggu sebelum tarikh tiket penerbangan (jika validity lebih dari 30 hari dan dari tarikh penerbangan balik)
  • minimum 7 hari bekerja sebelum tarikh tiket penerbangan
  • *Tarikh tiket penerbangan mestilah sebelum visa expired.

TARIK DIRI / DIBERHENTIKAN BERTUKAR KE UNIVERSITI LAIN :

  • Hantar permohonan segera selepas menerima surat tawaran dari Universiti baru
  • perlu hantar sekurang kurangnya sebelum  7 hari bekerja visa validity (jika Visa validity kurang sebulan)

GRADUAN DAN SAMBUNG BELAJAR DI MANA MANA UNIVERSITI :

  • Hantar permohonan segera selepas menerima surat tawaran dari Universiti baru
  • perlu hantar sekurang kurangnya sebelum  7 hari bekerja visa validity (jika Visa validity kurang sebulan)

TARIK DIRI / GRADUAN / DEFER / DIBERHENTIKAN DAN INGIN MENJADI DEPENDENT :

  • Hantar permohonan  segera selepas graduan/defer/tarik diri/diberhentikan
  • perlu hantar sekurang kurangnya sebelum  7 hari bekerja visa validity (jika Visa validity kurang sebulan)

GRADUAN / TARIK DIRI / DEFER / DIBERHENTIKAN DAN MEMOHON PAS LAWATAN SOSIAL KPPI YEMEN (KHAS WARGANEGARA YEMEN) :

  • Hantar permohonan  segera selepas graduan/defer/tarik diri/diberhentikan
  • perlu hantar sekurang kurangnya sebelum  7 hari bekerja visa validity (jika Visa validity kurang sebulan)

 

Risiko

JIKA TIDAK SEMPAT SHORTEN :

  • Rekod pas masih aktif di dalam sistem imigresen dan menyukarkan pelajar untuk memohon Pas lain di Malaysia

JIKA HANTAR PERMOHONAN LAMBAT :

  • EMGS akan menolak permohonan sekiranya tarikh Shorten pass kurang dari 5 hari waktu bekerja

DOKUMEN CHECKLIST

  • Passport personal details and visa page copy
  • Flight Ticket copy (go back to home country only)
  • Offer letter (to change institution or work only)
  • Original passport (perlu dihantar bersama permohonan)
  • Principle Passport personal details and visa page copy (for dependent)
  • Yemen Embassy letter (for applying KPPI Yemeni citizen pass)