Kekayaan adalah hasil kejayaan

Kekayaan adalah hasil dari kejayaan. Persoalannya bagaimana untuk berjaya?
Kita ini akan membincangkan perihal kejayaan yang menuju kepada kekayaan ke arah kebebasan kewangan. Umpamakan pendapatan kita adalah sebuku kek yang perlu dibahagi-bahagikan mengikut pecahan keperluan, kehendak dan simpanan. Mana mungkin kek yang kecil boleh memberi kepuasan kepada semua agihan pembahagian. Tulisan ini tidak menjanjikan jutawan segera walaupun itu yang dicari-cari oleh semua usahawan. Tetapi ianya berkongsi bagaimana untuk mencapai taraf jutawan secara santai dan boleh dicapai. Penipu berada dimana-mana mengintai peluang untuk memujuk kita menceburi dan melabur dengan jumlah yang besar. Risiko tinggi dengan pulangan yang tinggi, kata mereka. Ramai yang terperangkap dengan keputusan diri sendiri yang tidak berasaskan ilmu dan hanya bergantung kepada emosi. Bahaya jika emosi menguasai diri semasa membuat keputusan. Bertenang adalah kaedah yang paling sesuai untuk membaca dan mengamalkan tulisan ini. Penulisan ini adalah himpunan nota-nota kursus, pendapat dan pandangan peserta serta pengalaman peribadi dan rakan-rakan usahawan yang telah berjaya. Segalanya bermula dari minda, bagaimana kita melihat diri kita samada orang berjaya atau orang gagal dihadapan cermin setiap pagi. Itulah kita!