Makmal SPACE SKAA 2012 yang telah bermula pada 7 Ogos 2017 terus berjalan lancar. Untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan senarai kumpulan, jadual makmal kumpulan & pensyarah, berserta muka hadapan laporan makmal bersama-sama dengan skema permarkahan, sila klik di sini.

Selain itu, dikongsikan perkongsian 1 Hari 1 Hadis.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Muazin Seramai Jemaah Yang Hadir Solat

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصَّفِّ الْمُقَدَّمِ وَالْمُؤَذِّنُ يُغْفَرُ لَهُ بِمَدِّ صَوْتِهِ وَيُصَدِّقُهُ مَنْ سَمِعَهُ مِنْ رَطْبٍ وَيَابِسٍ وَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ صَلَّى مَعَهُ

Dari Al-Barra’ bin ‘Azib bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah dan para malaikat berselawat (mendoakan orang-orang) yang berada di saf paling depan. Seorang muazin akan diampuni dosanya sepanjang suaranya dan lafaz-lafaz azan yang dikumandangkannya akan dibenarkan oleh makhluk yang mendengarnya, sama ada dari yang basah dan kering, dan dia akan mendapat pahala sebanyak pahala orang yang mengerjakan solat bersamanya.” (HR Nasai No: 642) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1. Muslim yang solat berjemaah di saf pertama akan mendapat doa dari Allah dan para malaikat.

2. Muazin atau tukang azan akan diampuni dosanya sepanjang suaranya dan lafaz-lafaz azan yang dikumandangkannya akan dibenarkan oleh makhluk yang mendengarnya, sama ada dari yang basah dan kering.

3. Muazin akan mendapat pahala sebanyak pahala orang yang mengerjakan solat bersamanya.

Marilah merebut peluang didoakan malaikat, mendapat pengampunan Allah kerana berusaha datang awal ke masjid untuk berada di saf paling depan.

Beruntunglah para muazin yang ikhlas melaksanakan tugas melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat kerana mendapat ganjaran pahala seramai orang yang datang solat berjemaah.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

09hb Ogos 2017
16hb Zulkaedah 1438H