04
Jan
2022

Dunia Pekerjaan

22
Dec
2021

Di Sebalik Khabar Duka, Allah Selitkan Rezeki Kegembiraan!

“Kehilangan Ayah Tersayang”

Kelmarin genap 2 bulan arwah abah meninggalkan kami sekeluarga kembali menemui PenciptaNya (Al-Fatihah)…Doa kami mengiringi arwah abah semoga roh beliau di tempatkan bersama Para Solihin dan Syuhada’. Rasanya masa berlalu begitu cepat, pada tanggal 20hb Oktober arwah abah meninggal dunia akibat strok berdarah di kepala. Pemergian yang dicemburui dan begitu mudah sama seperti yang diminta oleh arwah abah masa hidupnya untuk pergi dalam keadaan husnul khotimah Aaamiin In Shaa Allah. Pada tanggal 18hb Oktober 2021 abah sedang berpuasa, sewaktu beliau mendirikan solat berjemaah bersama emak, tiba-tiba beliau jatuh terkena serangan strok dan tidak bermaya, abah dikejarkan ke hospital menaiki ambulan tetapi pada malam itu juga beliau terus di hantar ke wad emergency HSA untuk menjalani ujian MRI. Doktor pakar mendapati saraf di kepala nya telah pecah (abah mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis) dan beliau koma tidak sedarkan diri. Hanya Allah sahaja yang tahu kesedihan kami sekeluarga kerana tidak dapat menemaninya memberikan kata-kata semangat kerana waktu ini kita masih dalam situasi COVID-19 yang tidak dibenarkan utk masuk melawat.

Doktor cakap abah takde harapan kerana dia lemah, kami hanya mampu berdoa je waktu itu semoga abah sihat dan diberi kesembuhan. Hari Rabu tengahari 20hb kami semua menerima perkabaran duka abah dijemput ilahi (sebak terus), masa tu aku tengah kerja terus aku balik pontian lepas dapat panggilan dari akak aku bila dia bagitau jenazah abah akan di bawa balik rumah. Itulah malam terakhir arwah abah ngan kami kat rumah sepanjang malam kami dapat bacakan yaasin utk arwah abah. Esok pagi² abah nak dimandikan dan dikebumikan..bila waktu dapat kucup dahi arwah abah buat kali terakhir rasa nak nangis lagi tapi kami kena redha Allah ambil arwah abah sebab Allah lebih sayangkan dia.

Terima kasih yang tak terhingga buat rakan² sepejabat yang sudi hadir datang melawat dan memberi sumbangan, Ya Allah walaupun waktu tu masih PKP lagi tapi ramai je orang datang nak hantar abah buat kali terakhir, betul la orang kata ‘Kita Baik Orang Sayang’. Masa tu juga aku dapat makluman kelulusan naik pangkat aku dah diluluskan. Walaupun cuma naik time-based KUP N22 sebab dah berkhidmat 13 tahun tapi apa jua rezeki dan nikmat yang Allah bagi aku Syukuri. Kebetulan pulak hari tu hari lahir aku 21 oktober jadi inilah peristiwa dan pengalaman suka duka yang paling bersejarah dalam hidup aku. Bila Allah ambil sesuatu yang kita sayang, kemudian Dia gantikan sesuatu kegembiraan dalam bentuk rezeki yang lain. So aku bersyukur kerana sehingga hari ini semua yang berlaku itu ada hikmah nya. Terima kasih Allah, terima kasih Mak abah dan semua..♥

22
Dec
2021

PELAKSANAAN AKTIVITI HUJUNG TAHUN

Pengisian Maklumat Ke Dalam Sistem Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2021

Selalunya hujung tahun macam ni semua staf dah busy untuk pengisian maklumat dalam sistem LNPT termasuklah saya. Tahun ni almost six month kita menjalani tempoh fasa perintah kawalan pergerakan so dalam tempoh tu jugaklah kami di arahakan bekerja dari rumah. Walaupun PKP membataskan had pergerakan untuk ke pejabat tapi Alhamdulillah semua kerja dapat dilaksanakan dengan baik sepanjang WFH ni. Jadi jom la kita semak balik perancangan kerja dan KAI tahunan kita untuk dimasukkan ke dalam sistem LNPT. Kat sini aku share kan apa aktiviti dan tempoh masa yang perlu kita sama² tahu untuk ambil tindakan pengisian LNPT. Hope semua take note ya jangan sampai terlepas !! Nanti kalo tak dinilai tak naik gaji la kita ye next year hehehe ….

TINDAKAN PYD LPPT / LNPT 2021
20
Dec
2021

MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE 64 BERSAMA TEAM JAWATANKUASA SAMBUTAN & PENGIRING

TEAM JK SAMBUTAN & PENGIRING

Majlis Konvokesyen UTM ke 64 selama 7 hari telah berlangsung dengan jayanya, Alhamdulillah terima kasih atas sokongan rakan² seperjuangan semua yang masih menabur khidmat bakti untuk UTM – “Kerana Tuhan Untuk Manusia