Closing Ceremony – Adopt a Kampong Committee

 

Dining Hall BATC

9/11/2016

1-2.00pm

Comments

  1. Alhamdulillah, terima kasih kepada majlis tertinggi USR RS Adopt a Kampung dan juga perorangan yang terlibat dari awal penubuhan pasukan USR RS ini hinggalah Program Jalinan Mesra Sek Keb Kuala Geris dan UTM Razak School. Projek-projek dalam program USR ini adalah pada dasarnya bertujuan untuk membina Fun Learning Toy Library bagi pelajar pra-sekolah di Sek Keb Kuala Geris, Dabong, Kelantan. Di mana, sekolah ini telah menghadapi kerosakan infrastruktur yang teruk antaranya kemusnahan perpustakaan akibat banjir besar pada hujung Disember 2014.

    Pendapat peribadi, program USR ini pada umumnya telah berjaya mencapai matlamat asalnya. Ianya dapat dilihat berdasarkan respon pencapaian akademik yang meningkat dikalangan para pelajar pra-sekolah dan juga respon baik dari para guru. Selain itu, model Fun Learning Toy Library ini juga telah mendapat perhatian dan tarikan oleh beberapa sekolah di Kelantan agar pasukan USR RS dapat meneruskan mengadaptasikan pembinaan model Fun Learning Toy Library ini di sekolah-sekolah lain.

    Syabas diucapkan kepada semua ahli pasukan USR RS: Adopt a Kampung

Speak Your Mind

*