Pembangunan Kelestarian Kesihatan dan Fisioterapi Pusat Jagaan Nurhasanah

Penjagaan orang-orang tua adalah salah satu teras utama dalam meningkatkan ekonomi Malaysia. Merujuk kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) laporan tahunan 2012, penjagaan kesihatan merupakan satu program yang penting yang ditekankan dalam salah satu cabang program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Kemajuan ETP dalam membantu mentransfromasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 amat membanggakan yang mana ETP adalah sebahagian daripada subset kepada Model Ekonomi Baru. Di Malaysia, peratusan warga tua kepada keseluruhan populasi yang melebihi tahap umur 65 semakin meningkat dari masa ke semasa. United Nation (1987) telah membuat perjangkaan bahawa peratusan warga tua di Malaysia akan meningkat sehingga 7.4 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebih daripada sekali ganda dalam masa 40 tahun. Atas rasa keperihatinan yang tinggi akan isu komuniti warga tua, pihak universiti,mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan ingin melaksankan program kelestarian pembangunan kesihatan warga tua ini dengan objektif  untuk membangunkan ruang persekitaran yang lebih sihat, melatih teknik-teknik riadah yang sesuai, memberi pendidikan kesihatan dan memantau tahap kesihatan secara berkala dan membimbing untuk peggunaan alat kesihatan yang betul. Hasil dari program kelestarian ini dijangka dapat meningkatkan pengetahuan warga tua tentang aspek-aspek penting dalam penjagaan kesihatan secara berterusan dan penyediaan ruang tempat tinggal yang kondusif dan selamat.

Pembinaan Ruang Peralatan ini dibina khusus sebagai tempat utama untuk penempatan peralatan-peralatan kesihatan fisioterapi. Ruang ini menjadi nadi utama bagi pelaksanaan program kelestarian kesihatan dengan membimbing komuniti tentang cara meningkatkan tahap kesihatan dan mendidik komuniti tentang penggunaan peralatan yang betul. Disamping menyediakan kemudahan kesihatan, program ini juga mendidik penghuni pusat jagaan ini tentang kepentingan nutrisi makanan. Selain dari ilmu kesihatan, pemantauan dan pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh doktor yang bertauliah.

FASA 1