Pelantikan Sebagai Mentor 'Research Talent Project' Staf Akademik SPACE UTM

UTMspace, Johor Bahru, Johor

Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA) 2023

  • Tempat Pertama Anugerah Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman
  • Tempat Ketiga Anugerah Aktiviti Terbaik

Young Scientist Pioneer: Summer School with UNAIR (YSP UNAIR)

Airlangga University, Surabaya, Indonesia

Young Scientist Pioneer: Summer School With UNAIR (YSP UNAIR)

UNAIR MERR-C Campus landmark, Airlangga University, Surabaya, Indonesia

Young Scientist Pioneer: Summer School With UNAIR (YSP UNAIR)

Mount Bromo, East Java, Indonesia

Semarak Merdeka KDSE 2024: Ambisi Semarak Remaja

Kuala Terengganu, Terengganu

"Ideologue, Diplomat, Educator, Advocator of Science"

Program Jalinan Budi Dan Perkongsian STEM Bersama UNAIR bersempena Program Pembangunan Komuniti Antarabangsa antara UTM dan WUACD Universitas Airlangga bersama Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Johor Bahru Bersama UNAIR

Seramai 23 orang Delegasi daripada Universitas Airlangga, telah berkunjung ke Kolej Datin Seri Endon pada 3 Mei 2024. Kehadiran delegasi ini disambut baik dengan pengenalan dan lawatan ke Taman Botani KDSE yang kini merupakan satu projek semasa untuk mengindahkan kawasan kolej. Projek ini dikelolakan oleh Kelab Ecosight KDSE.

Setelah lawatan ke Taman Botani, delegasi ini telah dibawa ke Dewan Sri Kencana KDSE dan disambut pula dengan alunan gamelan yang didendangkan oleh Kelab Peterana-Gasari UTM.

Selain sesi ucapan aluan dan pengenalan KDSE yang disampaikan oleh Pengetua, Dr. Nabilah binti Kasim, jawatankuasa program juga menyediakan beberapa perkongsian dan reruai yang terdiri daripada reruai aktiviti tahunan dan reruai modul STEM yang dihasilkan oleh KDSE saban tahun. Antara reruai modul yang disediakan adalah Modul Organ Perkumuhan, Modul Kereta Belon dan Modul Geseran. Program turut diserikan dengan nyanyian daripada pelajar yang berbakat di KDSE.

Secara keseluruhannya, program jalinan budi dan perkongsian telah berlangsung dengan lancar dan diharapkan ikatan silaturrahim ini akan memberikan lebih banyak impak di masa hadapan.
Bengkel Pengurusan Lanskap Taman Botani KDSE
𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗘𝗰𝗼𝗦𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗞𝗗𝗦𝗘 di bawah 𝗕𝗶𝗿𝗼 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗘𝗻𝗱𝗼𝗻 (𝗝𝗞𝗠 𝗞𝗗𝗦𝗘) telah menganjurkan Program 𝗕𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗱𝘀𝗸𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 di Bilik Seminar, W1, KDSE. Program ini telah melibatkan 5 orang fasilitator dari Unit Landskap UTM dan dihadiri oleh 30 pelajar UTM yang menetap di KDSE.
Melalui program ini, para pelajar diberikan perkongsian berkenaan cara penjagaan taman serta diberikan pendedahan mengenai landskap taman. Encik Qamaruzaman dari Unit Landskap UTM telah dijemput sebagai penceramah jemputan untuk bengkel ini.
Warga KDSE mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Landskap UTM atas kerjasama mereka dan kepada semua pelajar yang turut serta.
𝐘𝐨𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐜𝐢𝐞𝐧𝐭𝐢𝐬𝐭 𝐏𝐢𝐨𝐧𝐞𝐞𝐫 : 𝐒𝐮𝐦𝐦𝐞𝐫 𝐒𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐔𝐍𝐀𝐈𝐑 (𝐘𝐒𝐏 𝐔𝐍𝐀𝐈𝐑)

Hari yang dinantikan telah tiba, pasukan YSP 2024 tiba di SDN Marengan Daya 1, Sumenep bagi menjayakan program 𝘠𝘰𝘶𝘯𝘨 𝘚𝘤𝘪𝘦𝘯𝘵𝘪𝘴𝘵 𝘗𝘪𝘰𝘯𝘦𝘦𝘳 : 𝘚𝘶𝘮𝘮𝘦𝘳 𝘚𝘤𝘩𝘰𝘰𝘭 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘜𝘕𝘈𝘐𝘙 (𝘠𝘚𝘗 𝘜𝘕𝘈𝘐𝘙). KDSE berasa gembira dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan YSP 2024. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada UNAIR dan SDN Marengan Daya 1 kerana sudi menerima kerjasama kami untuk YSP tahun ini. Kami amat berbesar hati untuk mempunyai pasukan yang hebat bekerja bersama-sama, semoga hubungan ini tidak pernah berhenti membina dan menjadi lebih kukuh seiring dengan berlalunya masa.

Penutupan Semarak Merdeka KDSE 2023
Berakhir sudah Program Semarak Merdeka KDSE 2023 yang telah bermula sejak 1 Ogos 2023 sehingga hari ini.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong dalam menjayakan Program Semarak Merdeka KDSE pada tahun ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kepada para penaja terutamanya Jabatan Pendaftar Universiti, Jabatan Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar), Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM dan Tupperware Brand Cawangan Segamat atas sumbangan barangan aktiviti dan cenderahati.
Akhir sekali, kami juga berterima kasih pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti kolaborasi, antaranya pihak Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis Satu, PIBG SK LKTP Pemanis Satu, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan komuniti Felda Pemanis, Segamat. Segala sumbangan dan tenaga yang diberikan amat kami hargai.
Tahniah para sekretariat program atas kejayaan program berimpak ini. Semoga kita berjumpa lagi di program akan datang