0137493747 nadzreeq@utm.my

the hype train is coming up. choo choo….

Terbaru, set Magic:The Gathering akan keluar adalah set M20 sempena core set 2020. Set ni memaparkan kad-kad lama yang di’reprint’ dan juga beberapa kad baru yang sesuai untuk format Standard, Modern, dan juga tidak lupa EDH. Apa yang menarik minat penulis adalah reprint kad-kad yang bernilai dulu seperti leyline of anticipation.

Teringat pula zaman dulu-dulu ketika ‘member’ bermain dengan deck Ally menggunakan leyline of Anticipation. fuhhh, berpeluh. Kad-kad seperti ini mampu mengubah corak permainan untuk Control player yang sentiasa memastikan mereka mempunyai respon bagi setiap ancaman yang diberikan oleh pihak lawan. Antara yang lain yang menarik perhatian penulis adalah kad-kad ‘Legendary Creatures’ yang sesuai untuk format EDH. 

Penulis mungkin akan cuba mendapatkan kad Legendary seperti Kykar, Wind’s Fury kerana kad ini mempunyai warna biru, merah dan putih (warna Ojutai). Pelbagai cara untuk bermain dengan Kykar didalam format EDH. Kita boleh fokus pada penghasilan 1/1 spirit token dengan memastikan ditangan sentiasa mempunyai ‘Spell’. Penulis akan cover dibahagian membentuk deck dengan kykar jika penulis berjaya mendapatkan Kykar pada sesi prerelease (5 Julai ini).