0137493747 nadzreeq@utm.my

Alkisah, toyibbb….

 

kisah bermula apabila pejabat TNCPI kena buat satu marketing kit. Katanya untuk brandkan research dan innovation dalam UTM ni. Tapi pada pendapat penulis selama 2 tahun bekerja kat dalam UTM (Baru lagi hekhek), kebanyakan semua macam syok sendiri je. pompang pompang sembang juta-juta, tapi produk kosmetik kami keluarkan pun tak penah nampak masuk TV. Pada saya la, alang-alang benda pun dari researcher, patut push la market macam jutawan kosmetik segera kat luar menjual tu. Tapi tu hanyalah 20 sen saya je.

 

BTW…

maka tertubuh la satu jawatankuasa yang perlu buat sejibik buku yang menulis segala benda berkaitan dengan research. Mula-mula idea tercetus berdasarkan flyer King Mongkut university, dimana dalam flyernya tertulis la roadmap research diorang tu. Jadi, kita pun (atas cadangan bos), nak keluarkan benda yang sama. Maka bermula sesi-sesi mencari orang-orang tertentu untuk masuk jawatankuasa ini. 

Opis telah rekrut orang-orang centre, orang ccin, orang taskforce branding untuk permulaan. penulis selaku yang dipertanggungjawabkan sebagai kpi tahun ni rekrutlah orang-orang tersebut. Sesi brainstorming pun bermula, dan terhasil lah satu draft buku pertama. Draf pertama buku tu diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk buat official penerbitan bahan-bahan untuk universiti.

Memandangkan penulis mempunyai skil korek maklumat melalui google dan juga skil tiru skil orang lain, maka sang penulis terrrrrrrrrrbuat layout design menggunakan Adobe Indesign. Pada pendapat penulis, Indesign adalah satu software yang terbaik untuk penerbitan buku, senang nak handle, senang nak buat page, senang buat layout. Tapi memandangkan ini first time sang penulis buat design, maka agak cacamarba sikit. Sang penulis siap study cara-cara buat buku melalui youtube, bahan bacaan random di internet dan juga mana-mana contoh design yang ada.

 

2 bulan berlalu…..

 

 

Hasil pertama…..tadaaaaa….buku yang diberi nama UTM-Industry Prospectus ini dihasilkan. Buku ni adalah versi maklumat Entiti penyelidikan dalam UTM. Design adalah simple yet appealing. susunatur guna template yang diubahsuai, juga isi dalam adalah daripada bantuan ahli jawatankuasa. Tapi buku ni ada sedikit flawed. Kalau orang perasan la, visi, misi dan falsafah adalah yang lama punya. Jadi salah banget ni.

Dari sini, sang penulis teruskan fasa kedua penerbitan buku dengan mengincludekan perkara-perkara lain yang industri boleh dapat melalui research. Maka, beberapa tambahan isi ditambah didalam design yang sedia ada, dan design baru dibuat hasil rentetan design pertama ni. Ekceli design pertama buku ni saiznya agak kecik sikit, macam saiz poket. 6 inci kali 6 inci buku, memang comel. Tapi untuk design kedua ni, buku dibesarkan sikit jadi 8 inci kali 8 inci buku. Saiz standard untuk buku saiz memo.

lebih kurang gini la King Mongkut punya

4 bulan berlalu……

 

penulis dan ahli ajk semua tertanya-tanya apa jadi dengan buku tersebut. tiada khabar, tiada berita. tup tap, pihak bertanggungjawab pun reply la design buku tersebut. Maka penulis terus bagi design pertama tu pada bos. Bila bos nampak design pertama, first impressum dia…….kenapa macam niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….

 

maka aku pening…..

2 bulan berlalu lagi…..

Selepas 2 bulan tungkus lumus siapkan design satu persatu, maka setel lah buku kedua yang diberi nama UTM: Vitalizing Academia-Industry-Community Nexus. Nama buku ini telah diilhamkan sendiri oleh penulis, walaupun sebenarnya penulis nak mintak AJK yang bagi nama buku tersebut. BTW, design dalam buku untuk beberapa page tu penulis design mengggunakan Adobe Illustrator. Penulis ekceli takde skill dalam adobe illustrator, tapi atas ihsan bos dan juga kawan lama aka kawan universiti dulu, maka belajar lah basic membuat design menggunakan Adobe Illustrator.

Btw, untuk nama buku, penulis guna vitalizing sebab penulis merasakan ekosistem penyelidikan tu ada, tapi industri ni ada yang tau, ada yang tak, jadi kita refresh diorang semula dengan maklumat lengkap melalui buku ini. therefore, vitalizing la keadaannya. 

hasil buku adalah seperti dibawah…….

Buku ni dah pun diprint sebanyak 300 kopi (copy), menelan kos lebih kurang 10k, tapi berbaloi dengan skill yang ada. Moga buku ini bermanfaat. Buku ni boleh didapati melalui qr code kat bawah atau pun link google drive kat bawah. 

Sekian. tamat.