27022019-28022019 : KURSUS APLIKASI MEDIA SOSIAL – Kehadiran Digital dan Media Sosial Berimpak

Inisiatif Pejabat Hal Ehwal Korporat bagi meningkatkan prestasi staf  UTM terhadap aplikasi media sosial di samping memberikan input berguna terutamanya pada pemarkahan prestasi tahunan 2019.

Antara perkara yang dikongsikan bersama termasuklah:

  • Kehadiran Digital
  • Penghasilan dan Penulisan Kandungan Digital
  • Penjenamaan Digital
  • Laman Web Sinergi dan Peribadi
  • Praktikal – Webometrik
  • Praktikal – Media Sosial dan Aplikasi
  • Praktikal – Mereka bentuk digital

Semoga kursus ini dapat melonjakkan imej Universiti dalam dunia digital.