Kenali personaliti wanita melalui warna kegemarannya. Setiap wanita memang ada warna kegemarannya tersendiri. Warna-warna pilihan merujuk kepada keinginan psikologi seseorang wanita ini. Sebab itu, wanita ada pilihan warna nya tersendiri. Oleh itu, melalui pemilihan warna, kita dapat tahu personaliti wanita melalui beberapa data yang dapat dikumpul melalui beberapa kajian.

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya setelah mereka di agih-agihkan melalui warna-warna pilihan mereka. Dengan itu, data diambil dengan mencari kesamaan antara wanita-wanita tersebut. Mari kita lihat tafsiran personaliti wanita melalui warna kegemaran.

Warna Merah

Personaliti Wanita Melalui Warna
Foto: EVOKE.ie

Wanita yang menyukai warna merah merupakan seorang perempuan yang berani. Namun, dia ada sedikit emosional terhadap sesuatu perkara. Selain itu, wanita yang menyukai warna merah merujuk kepada seseorang yang tegas tapi tamak. Di sisi lainnya, mereka tahan melarat dan suka bersenang lenang.

Warna Biru

Personaliti Wanita Melalui Warna
Foto: Woman Within

Wanita yang menyukai warna biru merupakan seorang yang setia pada pasangan dan pandai menyimpan wang. Mereka seorang yang mempunyai keinginan yang kuat (kemahuan yang tinggi). Mereka juga jenis yang suka berterus terangm jujur dan cekap. Jika anda berbuat salah terhadap mereka, mereka cepat memaafkan tapi mereka sangat tegas dengan pendiriannya.

Warna Hijau

Personaliti Wanita Melalui Warna
Foto: Asos

Wanita sukakan warna hijau merupakan wanita yang subur, natural dan sukakan kebahagiaan. Mereka tidak suka bergaduh kerana mereka menyukai kedamaian dan ketenangan. Wanita berminat pada warna hijau biasanya patuh pada pegangan agama. Selain itu, mereka sangat gemar berada di depan cermin dan berhias. Wanita jenis ini sangat teguh dengan pendirian mereka, kadang kala mereka dianggap kolot.

Warna Hitam

Fashionable dengan 5 Pakaian Serba Hitam untuk Pengguna Hijab saat Bulan  Puasa | BukaReview
Foto: bukareview

Mereka yang gemar dengan warna hitam suka menyendiri jauh dari orang ramai. Namun, mereka ini sangat prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka juga kuat dalam menghadapi dugaan hidup, dengan kata lain tabah dalam apa jua keadaan. Selain itu juga, wanita menyukai warna hitam tidak mudah dipengaruhi orang kerana mereka kuat berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka setia pada pasangan, baik hati tetapi sangat mudah tersinggung.

Baca juga  Kenapa Lelaki Sukakan Wanita Yang Ganas?

Warna Coklat

Personaliti Wanita Melalui Warna
Foto: Shopee Malaysia

Mereka yang menyukai warna coklat lebih cenderung dengan sifat keibuan. Sifat yang paling disukai lelaki. Mereka ini suka merendah diri, sopan santun, dan halus budi pekerti. Namun, wanita menyukai warna coklat kebanyakan dari mereka mudah berasa was-was dan sangat takut melakukan kesalahan.

Warna Ungu

Personaliti Wanita Melalui Warna
Foto: Jhonpeters

Bagi wanita menyukai warna ungu, mereka seorang yang pemurah dan sukakan kebebasan. Mereka tidak suka menerima arahan. Selain itu, mereka seorang yang berinisiatif, bijak namun agak beremosi. Mempunyai keinginan yang kurang dan bersederhana.

Warna Kelabu

Foto: StarShinerS

Jenis wanita yang menyukai kelabu adalah seorang yang suka merendah diri, tenang dalam apa jua situasi. Mereka suka mengalah demi kepentingan orang lain. Selalu bekorban untuk orang lain, cerdas serta bijak.

Warna Kuning

Foto: Freepik

Wanita yang menyukai warna kuning merupakan seseorang yang menyukai ilmu pengetahuan, seorang ulat buku (gemar membaca), tekun, cerdas dan tabah menghadapi segala cabaran.

Warna Putih

Balqis01 Kemeja Wanita Putih | Haleema Apparel
Foto: haleema apparel

Warna putih sinonim dengan bersih fikirannya iaitu tidak bersangka buruk. Selalu berkata benar, jujur dan rendah hatinya. Mereka yang menyukai warna putih juga merupakan seorang yang sopan santun, peramah dan suka menerima ilmu. Mereka juga berhati yang tenteram, suka menolong dan sentiasa bertawakal dalam menjalani kehidupan.

Kesimpulan disini, segala maklumat yang diberi diatas merupakan salah satu kajian yang dibuat sahaja. Sama ada anda hendak mempercayainya, adalah terpulang kepada individu masing-masing.