Seringkali kita merasa tak bahagia dengan kehidupan yang kita miliki, kadang merasa kurang dengan apa yang Allah kurniakan pada kita dan seringkali juga kita merasa susahnya untuk redha dengan keputusan Allah.
Tahu kenapa? Kerana kita tidak pernah ikhlas dan tidak sabar menerima keputusan Nya. Oleh sebab itu, jika ingin hidup yang kita lalui ini dengan aman dan selalu dilimpahkan dengan kebahagiaan maka belajarlah bersabar dan ikhlas serta redha.
Bahagia itu sederhana, cukup dengan apa adanya, bersyukur atas nikmat yang ada, dan jangan pernah mengeluh atas ujian yang sedang menimpa.
Kerana asasnya bahagia itu sederhana sahaja, tidak perlu memiliki semuanya untuk menjadi bahagia. Cukup terima dengan ikhlas apa yang sudah Allah tetapkan. Lengkap melengkapi. Terima apa sahaja kekurangan pasangan.
Jalani setiap yang Allah berikan dalam hidup ini, tanpa berkata ‘tapi”, sebab apapun ia sudah pasti Allah tetapkan sesuai dengan kemampuan kita.
Bahagia itu datangnya dari hati, bukan dari apa yang kita miliki. Jangan menipu dan memenuhi setiap keinginan hanya kerana nafsu semata-mata dan cuba menjadi orang lain.
Hiduplah ala kadarnya saja, tidak perlu menjadi orang lain untuk memperoleh kebahagiaan, cukup syukuri apa yang telah Allah tetapkan untuk kita.
Recent Comments