Mengejar impian adalah perjuangan dalam mencapai matlamat. Untuk mencapai matlamat, seseorang perlu merangka pelan dalam mencapai impian.
Hal lain yang perlu kamu ketahui adalah tidak ada kejayaan dalam waktu semalam saja.
1. Ubah mindset anda
Jangan had kan pemikiran anda. Rezeki itu akan datang dengan pelbagai bentuk dan cara. Percaya dan yakin bahawa tuhan akan membalas di setiap usaha dan kebaikan kita dengan setimpal.
2. Bangga dengan setiap pencapaian kecil anda
Sikit-sikit, lama-lama akan jadi bukit. Perubahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan menjadi motivasi untuk kita terus istiqomah dalam menjalani kehidupan dalam mengejar impian kita.
3. Kreatif supaya tidak bosan
Mungkin ada dikalangan anda yang akan bosan membuat benda sama sahaja setiap hari. Contohnya jika anda seorang guru, hari-hari kerja anda adalah mengajar. Cuba menukar cara anda mengajar supaya murid-murid juga rasa kelainan dan tidak bosan.
4. Senaraikan ‘Big Why’ anda
Jangan set big why yang banyak kerana ia mungkin akan membuat anda celaru dan hilang fokus apa yang nak dicapai. Big why ini akan memberikan motivasi untuk terus mengejar impian walaupun dugaan mendatang.
5. Berehat bila perlu
Perasaan penat itu normal dalam diri setiap individu. Minda yang tenang mampu menghasilkan idea yang hebat dan fizikal badan yang cergas. Nak berjaya perlukan emosi yang stabil supaya dapat membuat keputusan dengan bijak.
Semoga bermanfaat!
Recent Comments