My Educational Background

STPM

Setelah tamat Tingkatan 5, disebabkan kekangan kewangan masa tu, maklumlah adik bradik ada 6 orang, jadi saya diberi pilihan sama ada menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 atau bekerja. Melanjutkan pelajaran ke universiti amat jauh sekali harapan pada waktu itu.

Jadi, disebabkan saya masih lagi berminat untuk sambung belajar, maka saya memilih ke Tingkatan 6. Bermula dengan Tingkatan 6 Rendah pada 2005 dan tamat pada tahun 2006 sebagai pelajar Tingkatan 6 Atas. Untuk makluman, saya menyambung Tingakatan 6 dalam bidang Sains. Oleh sebab hanya beberapa orang pelajar Melayu yang berani mengambil bidang ini maka saya cabar diri saya.

Alhamdulillah…dapat la 1A dalam STPM, yang penting tiada yang gagal hehe

1 KIMIA C-
2 BIOLOGI C
3 PENGAJIAN AM A-
4 MATHEMATICS T D