My EXPERIENCE
Untuk 2 tahun pertama setelah lapor diri, diberi tugasan sebagai Personal Assistant (PA) kepada Timbalan Dekan (Akademik). Prof. Dr. Aizaini (Prof Jai), kemudian Prof Shafie dan sempat berkhidmat as PA kepada Prof Samad sebelum ditugaskan membuat tugas HR. Tugas HR pertama yang saya buat, tulis Buku BKRP (Buku Hijau). Kemudian, saya ditugaskan untuk menguruskan Permohonan, Pelantikan, Lapor diri & Peletakan/Penamatan Staf Akademik Bukan Warganegara Berjawatan Kontrak. Kemudian, ditugaskan untuk menjaga hal-hal berkaitan Cuti bagi semua staf Fakulti.
Mulai Tahun 2012, baru lah saya ditugas untuk membuat tugasan HR sepenuhnya termasuklah menguruskan emolumen staf, prestasi staf, anugerah, pelantikan, permohonan, penamatan, persaraan staf dan lain-lain yang berkaitan HR hinggalah sekarang.
Sepanjang perkhidmatan tersebut, saya ada pengalaman dalam membuat tugas-tugas kewangan, saya pernah beberapa kali menanggung kerani-kerani kewangan di fakulti sepanjang ketiadaan mereka dalam tempoh yang panjang. Pengalaman dalam kewangan termasuklah membuat pesanan tempatan, menguruskan tuntutan-tuntutan perjalanan, bil dan invois serta membuat anggaran belanjawan fakulti bagi tahun semasa.