Tarikh: 22 Januari 2010 (Sabtu)

Tempat: Pavilion Kolej 10

Pada pagi hari sabtu (745 pagi), ahli JKM Kolej 10 telah pun bangun pada awal pagi bagi menjalankan aktiviti pagi iaitu bersenam, aerobik dan juga bersarapan bersama pengetua dan felo. Program yang diketuai oleh Saudara Ammar ini bertujuan untuk meningkatkan semangat pagi kepada ahli JKM Kolej 10 yang menjadi tunggak kepada mahasiswa-mahasiswa Kolej 10. Selain itu, mereka juga dapat merapatkan silaturahim antara mereka dan juga dengan pengetua dan felo. Diharap agar JKM akan menjalankan program Ad-hoc seumpama ini pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

http://kolej10.webs.com/koleksigambar.htm