Pada 12 Julai 2011 bersamaan hari selasa yang lalu, saya telah pun menyertai Bengkel ‘First Year Experience’ (FYE) di Le Grandeur Senai Johor. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk mengatur pelan tindakan/aktiviti program FYE yang hendak dilaksanakan pada sesi 2011/2012.  Selain itu, bengkel ini diadakan bagi melihat dan menganalisa kembali kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa melaksanakan aktiviri-aktiviti FYE. Objektif terakhir bengkel ini diadakan ialah untuk mendapatkan satu kesepakatan tentang jumlah peruntukan kewangan yang diperlukan bagi membolehkan aktiviti-aktiviti FYE dijalankan. Bengkel ini di sertai oleh wakil-wakil fakulti yang bergiat aktif dengan mahasiswa terutamanya penasihat akademik dan juga pengetua-pengetua kolej kediaman di UTM.

Dalam bengkel ini, program FYE yang telah diadakan sebelum ini diimbas kembali bagi membincangkan dan berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.  Ini semua bertujuan untuk menjadikan program FYE pada masa akan datang lebih bermakna dan memberikan impak yang berkesan kepada mahasiswa baru. Dalam bengkel ini juga ada didedahkan mengenai isu-isu yang harus dititikberatkan oleh setiap fakulti sebelum melaksanakan program FYE. Antara isu terhadap mahasiswa baru semasa 1 hingga 2 minggu pertama di universiti ialah:

1. Berkongsi bilik buat pertama kalinya

2. Menguruskan wang sendiri buat pertama kalinya

3. belajar peraturan dan prosedur yang baru.

4. Berada jauh daripada rumah kediaman.

5. perasaan ‘homesick’.

6. Belajar cara menguruskan masa dengan sendiri.

7. berinteraksi dengan orang yang berbeza latarbelakang dan nilai.

8. belajar cara untuk bealajar.

9. mendapatkan kawan yang baru.

10. menukar dan membangunkan cara belajar

11. Berfikir mengenai masa hadapannya.

12. mempunyai persaan seperti ikan kecil yang berada dalam kolam yang besar.

dll.

Oleh yang demikian, program FYE yang akan dianjurkan oleh setiap fakulti inilah akan menjadi platform kepada mahasiswa baru untuk mengatasi isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi pada minggu pertama hingga kedua semasa berada berada di universiti. Antara cadangan strategi FYE ialah dengan melibatkan gabungan antara kolej kediaman dan fakulti , penasihatan akademik yang focus kepada pelajar oleh penasihat akademik, sesi orientasi atau motivasi, program mentor-mentee dikalangan pelajar kanan dan juga peningkatan cara pengajaran untuk mahasiswa baru daripada pensyarah.

Dengan sebab itulah, Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan yang diketuai oleh Dr Haryati sebagai penyelaras program FYE dan dibantu oleh saya dan Dr Faezah sebagai penasihat program FYE di peringkat FYE telah sebulat suara untuk melaksanakan program FYE yang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar kanan di FBB. Dengan penglibatan pelajar kanan di FBB dalam program ini, banyak objektif yang tersurat dan tersirat akan dapat diperolehi. Pelajar kanan lebih tahu apa yang perlu diberikan kepada mahasiswa baru kerana mereka telah pun merasai perkara yang sama dahulu. DEngan sebab itulah idea-idea pelajar kanan perlu dititikberatkan supaya matlamat program FYE dapat dicapai. Perkongsian pengalaman pelajar kanan kepada mahasiswa baru juga akan membuka minda mahasiswa baru untuk mengatasi kesulitan yang berlaku semasa bulan pertama berada di UTM. Tambahan lagi, hubungan erat natara senior dan junior dapat dihasilkan yang akan membantu mahasiswa baru untuk lebih cemerlang dalam akademik masing-masing. Antara kebaikan lain yang dapat dicapai oleh pelajar kanan yang terlibat dalam program FYE ini ialah peningkatan kemahiran insaniah seperti sifat kepimpinan, bekerjasama dalam kumpulan, berfikiran kritikan dan penyelesaian masalah. Oleh itu diharapkan agar pelajar kanan yang terlibat dalam program FYE ini akan berusaha bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam membantu adik-adik junior untuk menempuh alam universiti yang mencabar ini kelak.