MARK CHANG

 

Mark Chang, pengasas dan juga CEO jobstreet.com dlahirkan di Perak. Jobstreet.com adalah satu laman sesawang yang memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin mencari pekerjaan. Laman yang inovatif dan kreatif ini telah banyak membantu orang perseorangan terutamanya mahasiswa yang baru bergraduat untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Mark Chang mendapat pendidikan tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang kejuruteraan mekanikal daripada University of Texas, Austin, United State of America (USA) pada tahun 1988. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana juga dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Massachusetts Institute of Technology (MIT), USA pada tahun 1990. Beliau mempunyai pengalaman kerja sebagai jurutera proses di Kendall International, sebuah syarikat kesihatan di US selama 6 tahun bermula pada tahun 1990. Beliau kemudiannya di naikkan pangkat sebagai pengurus pembuatan pada tahun 1992 dan pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai pengarah serantau bagi pemasaran dan penjualan di Malaysia. Sebelum mencetuskan jobstreet.com pada tahun 1997, beliau adalah pengasas kepada Malaysian Online pada tahun 1995. Sehingga kini, jobstreet.com telah berkembang sebagai satu laman yang memudahkan pencarian kerja. Banyak elemen-elemen inovasi dan kreativitiyang kecil telah dihasilkan oleh beliau dalam membangunkan laman sesawang ini kerana beliau percaya bahawa elemen-elemen yang kecil ini akan memberikan kesan yang sangat besar kepada masyarakat setempat.

 

-Dr Nik Ahmad Nizam menulis untuk UTM Innovation Hall of Fame 2012-