MOHD NIZAM ABD RAZAK

 

Mohd Nizam Abd Razak atau senang dipanggil Nizam Razak adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang animasi 3D di Malaysia. Beliau yang dilahirkan pada 14 Ogos 1983 adalah pengasas kepada Animonsta Studios yang terletak di Cyberjaya yang menerbitkan siri TV animasi yang terkenal dan kreatif iaitu Boboiboy. Rancangan ini telah mendapat sambutan yang menakjubkan di beberapa negara di rantau asia tenggara; tempat pertama di Malaysia dan Filipina dan tempat kedua di Singapura. Rancangan Boboiboy ini menyelitkan  elemen-elemen inovasi dan kreativiti supaya kanak-kanak yang menonton rancangan ini akan terbuka fikiran untuk memikirkan idea-idea yang baru. Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Melaka dan pendidikan tinggi di Universiti Multimedia mula menceburi bidang animasi 3D pada usia yang muda. Sebelum berjaya menerbitkan rancangan Boboiboy, beliau telah pun mempunyai pengalaman kerja di Les’Copaque Production sebagai Pengarah Eksekutif dan juga sebagai penulis skrip bagi rancangan Upin & Ipin dan juga filem Geng Pengembaraan Bermula.   Kejayaan terbesar yang telah diperolehi oleh beliau ialah penganugerahan Tokoh Negara sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka. Penganugerahan ini ialah sebagai tanda penghargaan diatas pencapaian beliau dalam industri animasi tempatan.

-Dr Nik Ahmad Nizam menulis untuk UTM Innovation Hall of Fame sempena karnival Inovasi dan Kreativti UTM 2012-