Pada 3 oktober 2012, produk penyelidikan hasil kerjasama antara kumpulan penyelidikan saya dengan syarikat Provet Group of Companies Sdn Bhd telah diterima masuk dalam pertandingan rekacipta anjuran UTM iaitu INATEX2012 (Industrial Art and Technology Exhibition 2012) bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Johor. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 3 oktober 2012 hingga 5 oktober 2012. Saya telah membentangkan mengenai maklumat produk berkenaan dihadapan tiga orang juri pertandingan. Produk ini mempunyai potensi untuk dikomersilkan.
Produk yang dihasilkan diberi nama “Dual Antibax: Organo-Metal-Clay as Antibacterial Agents” yang merupakan satu bahan atau agen yang bertindak untuk membunuh bakteria. Produk ini telah mendapat kerjasama dengan Provet Group of Companies untuk dikembangkan terutamanya bagi tujuan pengkomersilan. Pada hari pertama pertandingan ini (3 Oktober 2012), pengarah urusan Provet Group of Companies datang ke UTM bagi melihat sendiri produk yang dihasilkan. Tambahan lagi, kami juga mengadakan perbincangan mengenai perancangan kerja-kerja latihan industri. Hasil daripada perbincangan tersebut, saya mendapat tugas untuk mengembangkan produk ini keperingkat yang lebih tinggi iaitu pra-komersialisasi dengan merancang untuk mendapatkan dana daripada pihak-pihak tertentu seperti Technofund, MTDC atau mana-mana pihak yang dapat menawarkan dana bagi pengembangan produ. Daripada hasil perbincangan tersebut, salah satu tugas yang akan saya jalankan ialah menyediakan proposal (perancangan) projek pra-komersil produk tersebut untuk memohon dana daripada pihak-pihak tertentu.
Gambar-gambar produk