Satu lawatan tapak ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak di Felda Jengka telah dibuat pada 30 Oktober 2012. Saya pergi kesana bersama En Nasrun Bin Din (Pengarah Pembangunan syarikat Provet) dan Mohd Helmi bin Hudary (Pengurus Operasi syarikat Provet) dan juga seorang pelajar sarjana saya iaitu Wan Mohd Madhi Wan Abdullah. Pro-Vet Group of Companies Sdn Bhd (PGCSB) telah diberikan peluang oleh pihak Felda Agricultural Services Sdn Bhd bagi menjalani protocol saringan Felda bagi menilai keberkesanan produk IMO Plus yang merupakan produk PGCSB. Penilaian produk tersebut dibuat ke atas tanaman sawit di peringkat tapak semaian. Pada hari tersebut, kami semua diberi penerangan oleh pegawai penyelidik daripada Felda Agricultural Services Sdn Bhd mengenai cara kajian dibuat dan dinilai. Untuk pertama kali, pihak Felda memindahkan pohon kelapa sawit yang telah disemai selama sebulan ke poly bag dan seterusnya, pembajaan dilakukan secara bulanan dan bergantung kepada jadual yang telah dipersetujui.

Lawatan di PPPTR, Jengka

Lawatan di PPPTR, Jengka 2