Pada masa kini, kebanyakan daripada petani di Malaysia berhadapan dengan masalah penyakit yang menyerang pokok pisang. Pokok-pokok pisang ini dijangkiti bakteria dan dikenali sebagai penyakit MOKO iaitu jangkitan oleh bakteria bernama Ralstonia solanacerium.  Bakteria ini berada dalam tanah dan ianya akan menyerang pokok pisang sekitarnya. Akibat daripada jangkitan ini, ramai petani-petani pisang mendapat kerugian kerana pisang tersebut tidak boleh dijual dan memusnahkan pokok yang dijangkiti. Sehingga sekarang, tiada penyelesaian yang diberikan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia berhubung perkara ini.

 

            Syarikat PGCSB telah menghasilkan baja IMO-PLUS iaitu baja campuran organik dan baja-baja lain dengan zeolite telah berjaya membuktikan pembajaan daripada baja IMO-PLUS dan campuran dengan EM akan menyelesaikan masalah penyakit pisang ini. Hasil daripada kejayaan ini, pihak PGCSB telah melaporkan kepada media dan laporan terhadap keberkesanan rawatan ini dilaporkan oleh pelbagai media.

Oleh kerana kejayaan ini, pihak PGCSB telah mendapat banyak permintaan daripada pengusaha-pengusaha pisang yang mahukan rawatan pokok tersebut. Dengan sebab itulah, satu lawatan ke tapak pisang yang terkena penyakit ini telah dijalankan di Taiping, Perak bersama-sama Pengarah Urusan PGCSB. Satu percubaan telah dilakukan keatas satu pokok yang telah terkena jangkitan ini, dan hasil percubaan tersebut akan diperolehi selama 2 bulan.

 

MOKO 1

MOKO 2

MOKO 3

MOKO 4

MOKO 5

MOKO 5

MOKO 6

MOKO 7

MOKO 8