Pada 23 hingga 29 hb November, saya telah bertugas sebagai pegawai pemasaran di booth PGCSB di MAHA 2012. Saya telah ditugaskan untuk mempromosikan baja yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Banyak perkara saya belajar dan maklumat yang dapat daripada pengalaman baru ini antaranya
- Belajar cara yang terbaik dan berkesan untuk mempromosikan barangan atau produk.
- Mengetahui masalah-masalah yang berlaku oleh petani-petani tempatan atau agensi-agensi pertanian dalam mengendalikan penanaman pokok.
- Mengetahui cara untuk menarik pelanggan untuk membeli produk yang dikeluarkan.
- Mengetaui situasi sebenar penjualan barang atau produk.
- Melayan berbagai-bagai ragam pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti petani daripada kampung, mereka yang pakar dalam pertanian seperti pegawai daripada agensi pertanian dan mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagi petani.
- Belajar cara untuk menguruskan masa kerana masa sangat penting dalam aktiviti mempromosikan barang.
- Mendapat maklumat mengenai mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pertanian.
Pengalaman-pengalaman inilah yang membantu dalam idea-idea untuk menjalankan penyelidikan di universiti kelak. Situasi sebenar ini akan membantu dalam pengeluaran produk-produk yang menepati citarasa pelanggan.
Selain itu, disepanjang MAHA ini juga saya berpeluang untuk melawat booth-booth lain dan mengetahui saingan-saingan syarikat ditempat saya latihan industri. Saya juga dapat mengetahui produk-produk lain yang ada di Negara kita supaya produk yang saya akan hasilkan melalui penyelidikan yang akan saya jalankan berbeza dengan produk-produk yang sudah sedia ada dalam pasaran. Tambahan lagi, idea-idea baru yang inovatif dapat dikembangkan apabila melawat booth-booth lain.