Kerangka zeolit adalah berasaskan SiO2 (Silika), Al2O3 (alumina) dan kehadiran ion-ion bercas positif (Kation) dan juga molekul-molekul air. Setiap daripada elemen-elemen ini mempunyai fungsinya tersendiri. Jadual dibawah menunjukkan pecahan fungsi elemen-elemen yang terkandung dalam zeolit.
Jadual : Fungsi elemen-elemen utama yang terdapat dalam zeolit.
Sumber |
Fungsi |
SiO2 |
Unit binaan utama dalam kerangka zeolit |
AlO2 |
Sumber cas negatif kerangka zeolit |
OH– |
Mineralizer, Molekul asing |
Kation alkali |
Ion-ion yang meneutralkan cas kerangka |
H2O (air) |
Pelarut, molekul asing |
Kerangka asas zeolit terdiri daripada silika dan alumina manakala kationnya pula boleh bertukar ganti dengan kation-kation lain. Disebabkan oleh kehadiran aluminat (AlO2) dalam kerangka zeolit yang memberikan cas negatif kepada kerangka zeolit, kehadiran aluminat dalam sesuatu zeolit akan mempengaruhi bilangan cas negatif dan seterusnya mempengaruhi bilangan kation-kation yang hadir bagi menyeimbangkan cas negatif tersebut. Sifat-sifat ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam topik yang selanjutnya. Molekul-molekul air pula boleh disejatkan atau dinyah-sejatkan, ini bermakna zeolit boleh menyerap air dan menyimpannya didalam kerangka zeolit dan juga molekul air tersebut boleh dikeluarkan sepenuhnya daripada kerangka zeolit. Molekul air boleh disimpan dalam kerangka zeolit dan dikeluarkan daripada kerangka zeolit disebabkan oleh sifat zeolit yang mempunyai keliangan yang tinggi dan juga bersifat ionik yang mempunyai affiniti terhadap molekul-molekul air.
Elemen utama yang terkandung dalam zeolit iaitu aluminat pada tapak silikat menyebabkan ianya bercas negatif dan juga kehadiran kation yang boleh ditukarganti dan juga kehadiran molekul air yang boleh ternyahsejat secara berbalik menjadikan zeolit satu bahan yang unik yang mempunyai sifat-sifat istimewa dan versatil. Dengan sebab itulah, zeolit dapat digunakan dalam bidang pertanian seperti sebagai bahan tambah dalam baja, bahan untuk menyingkirkan kotoran dalam air, bahan yang tambah makanan dan berbagai lagi kegunaannya yang memudahkan kita.