Kaedah lain yang digunakan untuk mengkaji struktur zeolit ialah dengan menggunakan kaedah spektroskopi inframerah atau Fourier Transform-Infrared Spectroscopy (FTIR). Kaedah ini melibatkan tenaga daripada cahaya inframerah yang dikenakan keatas sampel dan mengakibatkan ikatan molekul yang membentuk kerangka zeolit terutamanya ikatan Si-O-Si dan Si-O-Al bergetar. Daripada getaran yang terhasil, ia akan memberikan sejumlah tenaga dan seterusnya memberikan data dalam bentuk spektrum inframerah (IR spectrum). Saintis akan mentafsirkan inframerah berdasarkan carta kolerasi yang disediakan. Sebenarnya, kaedah IR ini banyak digunakan dalam pengenalpastian bahan organik seperti bahan yang berasaskan petroleum contohnya metana, heksana atau aseton atau bahan berasaskan pokok seperti ubat-ubatan, herba dan lain lain. Bahan organik mempunyai banyak ikatan yang aktif pada cahaya inframerah terutamanya ikatan daripada kumpulan berfungsi seperti O-H, N-H, C-H, C=O dan lain-lain. Bagi bahan tak organik pula seperti zeolit yang hanya mempunyai Si-O-Si dan Si-O-Al, ia akan hanya memberikan maklumat berkenaan dengan dua ikatan ini sahaja.

Walaubagaimanapun, kaedah FTIR sangat berguna apabila digabungkan dengan data XRD dan juga bagi pengenalpastian bahan lain terutamanya bahan organik yang ada pada sampel tersebut. Contoh spektrum FTIR bagi sampel zeolit adalah seperti rajah dibawah.

Spektrum FTIR bagi zeolit X

Spektrum FTIR bagi zeolit X

Spektrum FTIR bagi zeolit A

Spektrum FTIR bagi zeolit A

 Spektrum FTIR mempunyai 2 paksi asas iaitu peratusan penghantaran (%Transmission) pada paksi X (menegak) dan nombor gelombang pada paksi Y (mendatar). Dalam spektrum FTIR, kawasan dibawah nombor gelombang 1400 cm-1 perlu dilihat dan diambil perhatian dalam pengenalpastian zeolit. Ini kerana, kawasan tersebut memberikan maklumat struktur setiap bahan dan ianya seperti cap jari kepada setiap bahan yang dikaji. Bagi sampel zeolit, puncak yang wujud sekitar 1000 cm-1 merupakan puncak yang mewakili ikatan Si-O-Al dan Si-O-Si. Ia menunjukkan puncak yang tajam dan kuat kerana tenaga yang dilepaskan daripada getaran tak simetri ikatan ini sangat besar berbanding  jenis getaran yang lain. Bagi mereka yang bukan ahli kimia, amat sukar untuk menganalisis FTIR spektrum ini kerana ia melibatkan pemahaman sehingga ke tahap molekul dan atom dan mod getarannya terhadap cahaya inframerah.

Akan tetapi, FTIR spektrum bagi zeolit mudah dianalisis sekiranya ianya digabungkan dengan data XRD kerana FTIR tidak boleh memberikan maklumat secara terperinci dan spesifik mengenai struktur zeolit yang dicirikan yang berbeza dengan XRD. Walaubagaimanapun, saintis telah mengenalpasti puncak-puncak yang ada pada FTIR spektrum khas untuk zeolit. Data-data puncak tersebut diklasifikasikan mengikut jenis ikatan dan getaran yang wujud dalam kerangka zeolit tersebut.

Data bagi puncak yang wujud dalam spektrum FTIR untuk sampel zeolit (Jentys and Lercher, 2001).

Data bagi puncak yang wujud dalam spektrum FTIR untuk sampel zeolit (Jentys and Lercher, 2001).