Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya dan datang pula tahun berikutnya, 2014. Banyak kejayaan telah diperolehi sepanjang tahun 2013 terutamanya dalam bidang penyelidikan:

1. Berjaya memenangi anugerah pingat emas (Gold Medal) dalam 24th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2013, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada Mei 2013 diatas produk bertajuk DUAL-ANTIBAX: Organo-metal-clay as antibacterial agents.
2. Berjaya dapatkan geran penyelidikan PRGS (Prototype Research Grants Scheme) bertajuk “Prototype Development of DUAL-ANTIBAX (Organo-Metal-Clay as Antimicrobial Agent)” daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM 159 000 selama 2 tahun bermula Ogos 2013.
3. Berjaya menyelesaikan Latihan Industri/Ikhtisas di Syarikat Provet Group of Companies Sdn Bhd, Serdang, Selangor selama setahun berakhir apda Oktober 2013.
4. Berjaya memfailkan 2 patent bertajuk:
     a. A Method of Producing Nanosized Hydroxyapatite Particles. PI 2013701549.
     b. Antibacterial agent. PI 2013700023.
5. Berjaya mempunyai 18 hakcipta berkenaan nota kuliah dalam Open Courseware (OCW)
6. Berjaya menerbitkan 4 artikel saintifik/penyelidikan dalam jurnal antarabangsa iaitu:
a. Nida Iqbal, Mohammed Rafiq Abdul Kadir, Nik Ahmad Nazim Nik Malek, Nasrul Humaimi Bin Mahmood, Malliga Raman Murali, T. Kamarul (2013). Characterization and Antibacterial Properties of Stable Silver Substituted Hydroxyapatite Nanoparticles Synthesized through Surfactant assisted Microwave Process. Materials Research Bulletin. 48:3172-3177. (Elsevier, Impact factor: 1.913)
    b. Nida Iqbal, Mohammed Rafiq Abdul Kadir, Nasrul Humaimi Bin Mahmood, Micheal Moses, Mashitah Binti Mad Salim, Nik Ahmad Nazim Nik Malek (2013). Effect of Silver Ions on the Structural and Antibacterial Properties of Bone Replacement Material. Advanced Materials Research, 795: 692-696. (Trans Tech Pub, Indexed by Scopus).
    c. Nik Ahmad Nizam Nik Malek, Siti Amirah Ishak, Mohammed rafiq Abdul Kadir (2013). Antibacterial activity of copper and CTAB modified clays against Pseudomonas aeruginosa. Advanced Materials Research, 626: 178-182. (Trans Tech Pub, Indexed by Scopus).
    d. Noor Azhana Ghazi, Nik Ahmad Nizam Nik Malek, Salehhuddin Hamdan (2013). Cytostatic activity of clinoptilolite against human cervical cancer cell lines using three different media-sterilization techniques. Advanced Materials Research, 626: 667-671. (Trans Tech Pub, Indexed by Scopus).
7. Dilantik sebagai Felo Program Saintis Agenda Nobel (PSAN) peringkat UTM dan pengurus program ini diperingkat fakulti.
8. Berjaya mendapatkan kerjasama penyelidikan dengan:
     a. Provet Group of Companies Sdn Bhd
b. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM (Melalui Dr Asyadi)
c. UTM-IJN Cardiovascular Engineering Centre (Melalui Dr Ahmad Zahran)
d. Fakulti Kejuruteraan Kimia, UTM (Melalui PM Dr Hanapi Mat).
9. Berjaya menyiapkan dan meletakkan beberapa artikel dalam blog.
10. Berjaya menyiapkan 2 buah buku:
a. Compilation of Research Papers Presented in Conferences and Published in Journals (2005-2013).
b. Motivasi dalam Menjalankan Penyelidikan saintifik
11. Dilantik sebagai ahli jawatankuasa (Penilai kertas kerja) dalam seminar antarabangsa:
a. The 3rd International Malaysia-Ireland Joint Symposium on Engineering, Science and Business 2013 (IMiEJS2013)
 b. International Conference on Advance Material Engineering & Technology (ICAMET 2013),
12. Berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan Nobel Laureate tahun 1993 dalam bidang Physiology or Medicine, Sir Richard Roberts dalam Program Nobel Endeavour, anjuran UKM.
13. Berjaya mempunyai makmal yang dilengkapi dengan perkakas, alatan, alat radas dll berkaitan penyelidikan daripada geran penyelidikan sendiri.

Banyak kejayaan pada tahun 2013 tidak bermakna sudah pun berada pada zon selesa, dan walaupun sudahpun berada dalam zon selesa, keluar daripada zon selesa dan berusaha dengan lebih lagi untuk beroleh kejayaan akan datang. Jadi, untuk tahun 2014, azam atau beberapa objektif ingin dicapai. Salah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam merancang objektif ialah dengan berdasarkan SMART kriteria.

http://topachievement.com/smart.html

SMART Kriteria
SMART Kriteria

 

Jadi, berdasarkan SMART kriteria ini, objektif yang ingin dicapai ialah seperti berikut:

  1. Menjadi ahli kepada Royal Society of Chemistry, UK (Badan Professional antarabangsa) sebelum bulan Jun 2014.
  2. Menamatkan sekurang-kurangnya 2 orang pelajar sarjana (penyelidikan) sehingga berjaya mengambil skrol sarjana semasa konvokesyen kali kedua dalam tahun 2014.
  3. Menjilid 1 buah buku karya asli (Motivasi dalam menjalankan penyelidikan saintifik) dan 1 kompilasi artikel penyelidikan sebelum bulan Februari 2014.
  4. Berusaha menerbitkan 1 buah buku karya asli (Motivasi dalam menjalankan penyelidikan saintifik) yang telah dijilidkan melalui penerbit buku yang terkenal.
  5. Menyiapkan buku bertajuk “Scientific Research Methodology”.
  6. Menyiapkan artikel penyelidikan bertajuk “Surfactant Modified Zeolite: Versatile Adsorbent for Various Type of Contaminants” sebelum Mac 2014 dan berusaha untuk menghantar artikel ini untuk dierbitkan dalam jurnal antarabangsa yang berimpak tinggi.
  7. Memfailkan sekurang-kurangnya 3 paten iaitu
    a. Controlled Release Propagating Substrate
    b. Synthesis nanozeolite NaY
    c. Zeolite NPK
  8. Menghantar sekurang-kurangnya 4 artikel penyelidikan daripada hasil penyelidikan pelajar siswazah ke jurnal antarabangsa yang berimpak tinggi sebelum bulan Jun 2014 iaitu dalam bidang:
    a. Organo-Clay
    b. Synthesis nanozeolite NaY
    c. Controlled Release Propagating Substrate
    d. Zeolite NPK
  9. Menyertai INATEX2014 untuk produk-produk ini:
    a. Zeolite NPK
    b. Controlled Release Propagating Substrate
    c. Synthesis nanozeolite NaY

Kesemua objektif-objektif yang ingin dicapai adalah berdasarkan kriteria SMART iaitu setiap objektif dinyatakan secara spesifik, kejayaannya boleh diukur, kesemuanya boleh dicapai dan relevan pada masa yang ditetapkan (setahun). Semoga dengan usaha semua yang terlibat terutamanya pelajar-pelajar sarjana muda, sarjana dan PhD serta penyelidik-penyelidik yang bekerjasama, objektif-objektif ini dapat dicapai dengan baik dan cemerlang.