Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar semasa menyediakan tesis FYUP atau mana-mana tesis yang berkaitan (Artikel ini ditulis dalam dwi-bahasa dan rojak supaya senang difahami):
1. Font type of page number – not in Times New Roman
- Your computer might be set default as other font, so, change the font type manually to Times New Roman with the size of 12 pt
2. Abstrak dalam bahasa Malaysia yang ditulis oleh orang Malaysia tapi orang Malaysia sendiri tak faham.
- Do not Google translate the abstract. You need to find suitable scientific terms in Malay language .
3. Kesalahan tatabahasa yang melampau – too much grammatical errors that can distract the readers.
4. Penggunaan ayat-ayat yang mengelirukan – confused sentences.
5. Tiada flow atau kesinambungan dalam setiap ayat dalam satu paragraph dan juga antara satu paragraph dan paragraph yang lain.
6. 50 mM atau 50mM (ada space atau tiada space?) – kedua-duanya boleh digunakan tapi samakan penggunaannya untuk semuanya dalam satu tesis, jangan sekejap tulis 50 mM sekejap tulis 50mM.
7. Format citation
- [Malek et al., 2009] not [Malek etal. 2009] or [Malek et al,.] or [Malek et all.] or many more.
- [Malek et al., 2009] not [N.A.N.N. Malek et al., 2009] – only first name of first author.
- Ellis et al. (2001) reported that…… not (Ellis et al., 2001) reported that……
8. Topic and subtopic title
- 1.1. Background of study – should be 1.1. Background of Study
- 3.5. Screening for dehalogenase-producing bacteria – should be 3.5. Screening for Dehalogenase-Producing Bacteria
9. Nama
- Sekarang ialah masanya untuk pelajar mulakan nama yang sesuai dan hanya gunakan nama ini sahaja dalam apa jua dokumen supaya senang untuk dicari pada masa depan melalui internet.
- Your name will be standardized in internet databases.
- Example: I wrote three names – (1) Nik Ahmad Nizam Nik Malek, (2) Nik Ahmad Nizam Bin Nik Malek, (3) Nik Ahmad Nizam – In internet, these names are for three persons which are (1) Malek, N.A.N.N., (2) Malek, N.A.N.B.N., (3) Nizam, N.A. So, now I choose only Nik Ahmad Nizam Nik Malek (without Bin) for my papers, articles, registration etc. in internet.
10. Kesalahan format reference
- Ada 2 jenis format untuk reference di UTM: 1) Numbering dan (2) Author system. Pilih salah satu daripadanya dan ikut format yang ditetapkan dalam UTM’s Thesis Manual.
- Numbering – Susunan [1], [2], [3] dan seterusnya bergantung kepada kemunculannya dalam teks dan bukannya mengikut alphabet
- Untuk nama jurnal, perlu nama panjang (Journal of Hazardous Materials) atau abbreviation (J Hazard Mater)? Kedua-duanya pun boleh TETAPI, perlu sama untuk semua list of reference (Jangan sekejap nama panjang, sekejap nama pendek). Kalau nak buat abbreviation, ada standard yang telah ditetapkan (Kalau tak tahu, just guna nama panjang sahaja untuk semua list of refeences).
11. Margin
- Sentiasa semak margin dan setkan A4 dan masa nak print pun lebih elok semak terlebih dahulu margin dan printer properties supaya tak lari jauh dengan yang dah diprint.
12. Change to PDF
- Berhati-hati bila tukar ke dalam bentuk PDF sebab akan ada kemungkinan beberapa perkataan, gambar dll. tak sama dengan yang asal. Jadi, semak terlebih dahulu selepas tukar ke PDF dan sebelum save dalam CD.
13. Need to give to your supervisor early for checking.