Tanggal 7 Jun 2015, telah berlangsung Majlis Citra Karisma iaitu Majlis Penganugerahan Kecemerlangan dan Penghargaan dalam berbagai-bagai bidang di UTM bagi tahun 2014 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Salah satu daripada anugerah yang diberikan anugerah ialah Anugerah Webometrics kategori individu iaitu secara ringkasnya anugerah keatas individu yang aktif dalam pengisian dan pengemaskinian laman sesawang atau blog sendiri. Laman sesawang mestilah berdomainkan utm.my. Alhamdulillah, salah satu finalis bagi anugerah ini ialah blog ini: https://people.utm.my/niknizam/

IMG-20150607-WA0007Anugerah webo - penulisan

Antara finalis lain untuk anugerah ini ialah:

Pada hari majlis tersebut, saya sangat berbesar hati kerana duduk disebelah pemenang Anugerah Webometrik ini iaitu Mejar Dr Wan Ibrisam Fikry bin Wan Ismail. Tahniah Dr diatas anugerah yang diperolehi. Blog beliau sangat menarik kerana beliau sentiasa menceritakan pengalaman-pengalaman dan pendapat yang ringkas tetapi banyak pengajaran yang disampaikan. Apa yang lebih menarik lagi ialah Mejar Dr Tn Hj Ibrisam sentiasa aktif dan ada masa untuk mengemaskini blog walaupun mempunyai 9 orang anak dan juga berpangkat Mejar. Tabik Dr diatas usaha dan kejayaan ini. Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan dalam anugerah yang sama ini.

 

Bersama dengan pemenang Anugerah Webometrik, Citra Karisma UTM 2015

Bersama dengan pemenang Anugerah Webometrik, Citra Karisma UTM 2015