JOHOR BAHRU, 8 Dis. – Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membangunkan sejenis krim yang berupaya mengekang pertumbuhan bakteria sekali gus menyembuhkan luka.

Krim yang dibangunkan dengan berasaskan bahan nanopartikel yang disintesis menggunakan ekstrak daun kesum ini telah diketuai penyelidikannya oleh Prof. Madya Ts ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek beserta lima penyelidik dan tiga pelajar ijazah doktor falsafah (PhD).