Centre for Sustainable Nanomaterials dengan kerjasama pelajar Kursus Sains Kesukarelawan UTM dan Persatuan Zeolit Malaysia (MyZA) telah mengadakan Program “Demonstrasi dan Penyerahan “Zeolite Smart Greenhouse” kepada Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini (SKTMR) pada 3 Januari 2023.
Projek Lestari ini telah dijalankan secara berfasa. Dimana Fasa 1 telah pun diadakan dengan menunjukkan demostrasi cara penyediaan anak pokok melalui keratan batang serta penyediaan baja zeolit secara manual. Fasa 2 ini pula diadakan demonstrasi penanaman anak pokok serta penyediaan baja zeolit menggunakan teknologi.
CSNano dan MyZA berharap program seperti ini akan diteruskan dengan lebih meluas agar perkongsian dan manfaatnya dapat dikongsikan kepada sekolah lain juga.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat:
AJK MyZA terutamanya Dr Hariz sebagai Ketua Unit Aktiviti MyZa.
CSNano terutamanya Pn Siti Nur Sakinah sebagai Pegawai Penyelidik CSNano.
Ts ChM Dr Nor Suriani sebagai pensyarah kelas Sains Kesukarelawan.
Pelajar kelas sains Kesukarelawan.
Provet Group of Companies Sdn Bhd yang telah menaja zeolite.
Ustaz Rozaiherman dan cikgu-cikgu serta pelajar-pelajar Pasukan Lestari SK Taman Mutiara Rini (SKTMR).