1 Ogos 2023 di MOSTI.

 

Objektif utama sesi ini adalah untuk mendapatkan maklum balas, idea dan cadangan berkenaan konsep dan model Pusat Nano Negara yang akan dibangunkan merangkumi peranan, fungsi utama serta perkhidmatan yang akan ditawarkan nanti. Ia melibatkan pemegang taruh nanoteknologi di Malaysia yang terdiri daripada agensi penyelidikan kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi serta pihak swasta dan industri.

Sesi ini merupakan salah satu pelaksanaan dalam Teras Strategik 1 dan 2 Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara (DSNN) 2021-2030 iaitu Memperkukuh Ekosistem dan Tadbir Urus serta Memakmurkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

#nanoteknologi #pusatnanonegara #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MalaysiaMADANI #nncmosti #nnc