11 Mac 2024

3.00pm – 4.00pm

Majlis Penghargaan Ibnu Sina Institute Kepada Penerbit UTM Press

 

aktiviti majlis:

3.00-3.05 pm – Ketibaan jemputan

3.05-3.10 pm – Bacaan doa

3.10-3.20 pm – Ucapan aluan oleh Pengarah PenerbitUTM Press

3.20-3.30 pm – Ucapan penghargaan olehPengarah ISI-SIR UTM

3.30-4.00 pm – Sesi bergambar, minum petangdan bersurai

 

Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, N31.

 

 

 

Prof Madya Dr. Siti Rahmah Awang

Pengarah,

Penerbit UTM Press

Universiti Teknologi Malaysia

YBrs. Dr,

 

PERMOHONAN SUMBANGAN BUKU KE INSTITUT IBNU SINA (ISI-SIR), N31

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Ibnu Sina ISI-SIR dengan ini, ingin memohon

sumbangan buku daripada pihak Penerbit UTM Press untuk ditempatkan di ruang yang sesuai di

Bangunan N31 ISI-SIR, untuk menjadi rujukan penyelidik di institut ini atau pihak luar. ISI-SIR

terdiri daripada 6 pusat penyelidikan yang memfokuskan penyelidikan saintifik dan industri dalam

bidang sains fundamental (kimia, biologi, fizik, dan sains matematik), data raya, kejuruteraan

bioproses, serta kajian islamik.

  1. Sehubungan dengan itu, kami khususnya berminat untuk memperoleh buku-buku

yang diterbitkan oleh Penerbit UTM Press, yang pastinya akan memberikan nilai tambah

kepada ruang ilmiah institut kami. Kami percaya sumbangan buku daripada Pihak Penerbit

dapat memperkaya koleksi buku ilmiah di ruangan ilmiah kami. Buku-buku ini juga akan

dijadikan rujukan bagi penyediaan buku oleh penyelidik di Institut Ibnu Sina.