17 Mei 2024 (Jumaat) | 10.30 pagi | Bilik Mesyuarat
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM telah menerima lawatan daripada Pengarah Centre for Sustainable Nanomaterials (CSNano), ISI-SIR, Universiti Teknologi Malaysia, YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek. Tujuan lawatan ini diadakan bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama penyelidikan dalam bidang nanobioteknologi antara kedua-dua belah pihak.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Dekan, YBhg. Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad dan turut disertai Ketua-ketua Jabatan fakulti dan Ketua Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), ION2, UPM, Prof Madya Dr Mas Jaffri Masarudin.
![5_Lawatan ke Faculty Biotech, UPM](http://people.utm.my/niknizam/wp-content/uploads/sites/255/2024/09/5_Lawatan-ke-Faculty-Biotech-UPM.png)