Zeolit ialah satu bahan mineral tak organik yang boleh disintesis sendiri atau diperolehi secara semulajadi. Oleh yang demikian, kaedah pencirian zeolit sama seperti pencirian bahan tak organik atau bahan mineral lain. Kepentingan menjalankan pencirian terhadap zeolit ini ialah untuk:

  • Mengenalpasti jenis zeolit dalam sampel.
  • Mengetahui kehadiran bendasing yang terkandung dalam sampel.
  • Mendapatkan maklumat elemen yang terkandung dalam sampel.
  • Memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam sifat-sifat sebenar zeolit.
  • Perbandingan dengan zeolit-zeolit yang lain

Pada masa kini, pencirian zeolit banyak dibuat menggunakan instrumen-instrumen saintifik kerana ia akan memberikan maklumat sehingga ke tahap molekul bahan tersebut. Antara pencirian yang penting dan berkait dengan penggunaan zeolit dalam pertanian ialah berkaitan dengan:

  • Analisis struktur
    • Instrumen XRD (X-Ray diffraction) – Penyerakan Sinar-X
    • Instrumen FTIR (Fourier Transform-Infrared Spectroscopy) – Spektroskopi inframerah
    • Analisis morfologi
      • SEM (Scanning Electron Microscopy) – Mikroskop Imbasan Elektron
    • Analisis elemen
      • XRF (X-Ray Flouresence) – Sinar X berpendarflour
      • EDX (Energy Dispersive X-Ray)- Sinar-X Sebaran Tenaga
      • Analisis elemen selepas penguraian zeolit dalam bentuk larutan
        • Flame photometer – Fotometer Api
        • AAS (Atomic Absorption Spectrophotometer) – Spektrofotometer penyerapan atom
        • ICP-MS (Inductively Coupled Plasma-Mass Spectrometry) – Plasma Gandingan Induktif-Spektrometri Jisim
    • Sifat-sifat fizikokimia  (Physicochemical properties)
      • Nisbah Si/Al
      • Kapasiti Penukaran Kation (CEC, Cation Exchange Capacity)