JOHOR BAHRU, 26 Jun 2024– Program Recycle E-Waste: Innovate Solution telah dijalankan dengan tiga objektif utama iaitu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelupusan e-waste (buangan elektrik dan elektronik) dengan cara yang betul dan teratur, memastikan generasi muda celik e-waste dan dapat memahami konsep kitar semula e-waste dalam memelihara alam sekitar, dan menginovasikan penyelesaian untuk kitar semula produk e-waste kepada produk seni/arca berbantukan kecerdasan buatan (AI). Program di bawah tajaan geran Suruhanjaya Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan geran Program Pemindahan Ilmu – KTP@Faculty, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (TDPPI) Fakulti Sains iaitu Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek.