From:
http://kolej10.webs.com/apps/blog/entries/show/6029869-khidmat-masyarakat-bersama-penduduk-kg-prt-selangor-pontian
Posted by kolej10 on February 4, 2011 at 5:03 AM |
Pontian, Seramai 40 mahasiswa dari Kelab Bakti Siswa, Kolej 10 telah bekerjasama dengan penduduk Kg Prt Selangor, Pontian Bergotong-royong dalam membersihkan persekitaran kampung.
Program ini berlangsung pada 29 Januari 2011 (Sabtu) yang lalu.
Antara pegawai pengiring yang terlibat dalam mengikuti program khidmat masyarakat ini adalah Dr Nik Ahmad Nizam Bin Nik Malek, Felo Kolej 10 dan Saudara Fahmi Bin Othman, Pembantu Felo Kolej 10. Tidak ketinggalan juga beberapa orang mahasiswa dari Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, JKM Kolej 10 turut menyertai ke program khidmat masyarakat ini dalam memberi semangat kepada para peserta dari Kelab Bakti Siswa Kolej 10.
Dengan tema “Kebersihan Dijaga, Denggi Tiada”, program gotong-royong ini di laksanakan.
40 orang mahasiswa dari Kelab Bakti Siswa, Kolej 10 dengan sukarelanya turut serta dalam program ini.
Dengan adanya khidmat masyarakat sebegini, mahasiswa UTM dapat meramah mesra dengan penduduk setempat.
Selain dari aktiviti bergotong-royong, terdapat juga booth-booth pameran yang dibuka, antaranya booth pameran dari Jabatan Kesihatan Pontian dalam memperkenalkan denggi, booth dari Jabatan Anti Dadah yang memperkenalkan bahayanya kesan dadah juga booth pemeriksaan kesihatan percuma.
Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amat menggalakkan lebih-lebih lagi program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Hasni Bin Hj Mohammad, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Daerah Benut.
Dengan sambutan yang diberikan, objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya.
Berita Harian, Rabu, 2 Februari 2011, Mukasurat 7