Sukarelawan : Ikhlas, Imbuhan atau Populariti?

Volunteering = kesukarelawanan

Sukarela = Suka + Rela = maksudnya kemahuan sendiri , kekuatan perasaan dan kemahuan tentang sesuatu perkara dengan tidak memperdulikan kosnya (masa, tenaga, kos, wang ringgit), tajuknya berkorban apa sahaja.

 

Tulisan ini merupakan Note saya di FB: Nisrin Manz., (2012). Dan, pendapat saya sehingga ke tahun 2020, masih serupa…

Cabaran Kesukarelawanan  bagi Orang Berkerjaya:-

1. kebanyakan orang masa kini bekerja SANGAT PENAT (tenaga, fikiran, perasaan) sepanjang minggu, malahan sampai ke malam  belum balik ke rumah kerana bekerja (saya salah seorang drp kelompok manusia ini).  Justeru, hari minggu sangat berharga, bukan sahaja untuk berehat malahan untuk bersama keluarga bagi menggantikan masa yang telah dihabiskan buat mencari rezeki. malahan kadang2 hari minggu pun terpaksa kerja part time untuk penambahan rezeki keluarga.

 

2.  manusia mengukur ‘reward’ mengikut pandangan serta pengalaman masing2. Biasanya kita akan bertanya, “what’s in for us by doing such thing?” apa yang kita dapat drp ini? apa reward kita dpt melalui ini? dsb.. (saya juga bertanya perkara ini kepada diri saya)

Bagi kelompok NGO yg saya wakili, saya FAHAM kenapa kemampuan untuk bersukarelawan tidak dapat dipenuhi atas 2  sebab utama  di atas (1+2).

Justeru itu, suka lah saya mengobarkan semangat bahawa  kesukarelawan bagi kelompok NGO yang saya wakili (2012)  adalah untuk masa hadapan anak2 kita kerana syurga mereka terletak bagaimana kita membentuk mereka sekarang.

Tuhan memberikan kita MEREKA kerana mereka adalah jalan untuk membawa kita sebagai CALON SYURGA, insya ‘allah, samada kita muslim atau pun  non-muslim.

yang paling utama,  GABUNGAN AURA semua pihak,  pasti akan membawa kita semua menuju menguatkan semangat untuk terus berjuang di dalam kejayaan  NGO yang dianggotai.

wallahuallam.

About nisrinanis

Senior Lecturer, School of Education, Faculty of Science Social and Humanities, UTMJB Interests: Research Methodology | Mixed Method Study | Leadership | Training | Higher Education  | Competencies | Entrepreneurship | Market & Marketing | Smart Reading | Bibliotherapy |
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.