Media sosial sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia digital masakini. Ia boleh jadi sebagai hebahan positif atau sebaliknya. Salah satu adab yang sangat perlu dititikberatkan ialah, adab menjaga aib sendiri dan terutamanya orang lain.
Bingkisan daripada sahabat tegar buku, Saudara Ramlan Ramli. Petikan kata-kata hikmah Pak Hamka, menjentik diri akan betapa besarnya adab MALU dalam budaya Melayu, terutamanya sahsiah Muslim.
“Malu sangat besar pengaruhnya dalam mengatur pergaulan hidup.
Apa petanda sifat malu?
Malu itulah yang membuat orang berakal enggan mengerjakan perbuatan jahat.
Sebelum orang mempergunakan undang-undang, lebih dahulu orang telah dilindungi oleh hukum malu yang telah melekat di dalam budi pekerti.
Ia merasa malu namanya akan menjadi buah mulut orang.
Justeru,
Merasa malu kepercayaan orang akan hilang”
HAMKA, Tasauf Moden, mukasurat : 117. Perkongsian Sumber : Ramlan Ramli, Penolong Pegawai Psikologi , Penjara Sungai Buloh.
1441-1442H April 2020.
Moga Bermanafaat.