Sufism dan Rahsia Tuhan – Kisah Syeikh Hakim At Tirmidzi

ABU BAKAR AL WARAQ BERCERITA SUATU KISAH TENTANG GURUNYA SYEIKH HAKIM AT TIRMIDZI
by zulsegamat

Vintage chicken feathers in soft and blur style  the background Premium Photo

Shhh…let it be that way _ pic courtesy from Freepik

 

“Pada suatu hari Syeikh Tirmidzi menyerahkan buku-bukunya kepadaku untuk dibuang ke Sungai Oxus. Ketika ku periksa, ternyata buku-buku itu penuh dengan selok-belok dan kebenaran-kebenaran mistik. Aku tak dapat sepenuhnya bertekad melaksanakan perintah Syeikh itu, lalu buku-buku tersebut ku simpan di dalam kamarku. Kemudian aku katakan kepadanya bahawa buku-buku itu telah ku lemparkan ke dalam sungai.

Namun Syekh Tirmidzi bertanya semula kepadaku, Apakah yang engkau saksikan setelah itu?’

“Tidak sesuatu pun, Guru!”. jawabku.

“Kalau begitu, engkau belum membuang buku-buku itu ke dalam sungai. Pergilah dan buanglah buku-buku itu.”

Abu Bakar kali ini menjalankan perintah Syeikh. Namun ada dua persoalan yang timbul di dalam hatinya:
Pertama, mengapa Syeikh ingin membuang buku buku ini ke dalam sungai?
Kedua, apakah yang akan dia saksikan nanti setelah dia mencampakkan buku-buku tersebut ke dalam air?

Abu Bakar terus berjalan menuju sungai Oxus dan melemparkan buku-buku itu.

Ketika itu juga air sungai terbelah dan terlihatlah olehnya sebuah peti yang terbuka tutupnya.

Buku-buku itu terus jatuh dan masuk ke dalam peti tersebut, kemudian tutup peti tersebut tertutup, dan air segera sungai bersatu kembali.

Abu Bakar tercengang hairan sewaktu menyaksikan kejadian itu.

Sewaktu dia kembali, Syeikh Tirmidzi bertanya, “Sudahkeh engkau lemparkan buku-buku itu?”

“Guru, demi keagungan Allah, katakanlah kepadaku apakah rahsia di balik semua ini?” Abu Bakar bertanya pula kepada Syeikh Tirmidzi.

“Aku telah menulis buku-buku mengenai ilmu sufi dengan keterangan­-keterangan yang sulit untuk difahami oleh manusia-manusia biasa. Saudaraku Khidir meminta buku-buku itu. Peti yang engkau lihat tadi telah dibawakan oleh seekor ikan atas perintah Khidir, sedang Allah Yang Maha Besar telah memerintahkan kepada air untuk menghantarkan peti itu kepadanya,” jawab sang guru.

Kisah pendek himpunan blog Zul Segamat, mengenai rahsia ilmu Tuhan dan mereka yang terpilih untuk memahaminya. Wallahuallam.

door to adventure_pic courtesy from Freepik

About nisrinanis

Senior Lecturer, School of Education, Faculty of Science Social and Humanities, UTMJB Interests: Research Methodology | Mixed Method Study | Leadership | Training | Higher Education  | Competencies | Entrepreneurship | Market & Marketing | Smart Reading | Bibliotherapy |
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.