Jom Sihat

INFO KESIHATAN  OLEH  DR. ZUBAIDI HJ. AHMAD

Flat vegetable and fruits background Free Vector

Happy veggies_courtesy from Freepik

5 MITOS TENTANG PEMAKANAN YANG PERLU ANDA TAHU

Dalam beberapa ceramah kesihatan, saya sering memberitahu tentang 5 mitos tentang pemakanan yang biasa kita dengar.

1. Jika kita tidak ambil gula dalam makanan dan minuman, kita akan jadi lemah. Pada hal glukos hanya membekalkan 4kCal sementara lemak membekalkan 9kCal. Sebab itu sepatutnya orang berpuasa lebih bertenaga sebab bila kita tak ambil gula, lemak dalam tubuh akan digunakan. Oleh kerana ketika berpuasa kita tidak cukup minum air, itu yang buatkan kita lemah. Bukan sebab tak cukup ambil gula.

2. Bila sebut lemak, kita kaitkan dengan kolesterol dan beranggapan semua lemak itu berbahaya. Padahal ada lemak sihat seperti minyak zaitun, bush zaitun dan avocado yg memberikan gabungan lemak mono dan poly unsaturated fat. Ia baik menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolestrol baik.

3. Kita gagal membezakan refined carbo dan complex carbo. Kita anggap kedua2nya sama. Refined carbo mempunyai nilai Glisemik Index yang tinggi, sementara complex carbo mempunyai nilai Glisemik yang rendah. Nilai glisemik yang tinggi boleh menyebabkan keradangan yang kronik dalam tubuh dan menyebabkan penyakit kronik seperti diabetis, gout, hypertension dan lain2.

4. Jika kita tidak makan dalam masa 6-8 jam, apatah lagi 14-16 jam, ia berbahaya. Sedangkan kita berpuasa setiap tahun selama sebulan selama 14-16 jam sejak berpuluh tahun lalu. Semakin kita menjarakkan waktu makan, selamakin kita bertambah sihat. Ini dibuktikan oleh Pemenang Nobel Prize 2016 Prof Yushinori Ohsumi yang menerangkan konsep “autophagy” bila kita berpuasa.

5. Kita mahu mengamalkan pemakanan sunnah, tapi kita masih berada dalam sistem pemakanan yang salah. Jadi kita umpama mengambil daging segar dalam kuah yg basi. Tidak memberikan impak yang terbaik. Perlu kita amalkan keseluruhan Sistem Pemakanan Sunnah, baru kita akan sihat dan selamat.
.

.

About nisrinanis

Senior Lecturer, School of Education, Faculty of Science Social and Humanities, UTMJB Interests: Research Methodology | Mixed Method Study | Leadership | Training | Higher Education  | Competencies | Entrepreneurship | Market & Marketing | Smart Reading | Bibliotherapy |
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.