{"id":431,"date":"2020-01-20T03:21:45","date_gmt":"2020-01-20T03:21:45","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/?p=431"},"modified":"2020-01-20T03:21:45","modified_gmt":"2020-01-20T03:21:45","slug":"bayi-yang-berkata-kata","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/2020\/01\/20\/bayi-yang-berkata-kata\/","title":{"rendered":"Bayi yang Berkata-kata"},"content":{"rendered":"<div>\n<div>Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: \u201cTidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij.<\/div>\n<p>Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): \u201cJuraij &#8230;. Juraij&#8230;..\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: \u201cYa Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: \u201cJuraij&#8230;..Juraij.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<br \/>\nJuraij berkata dalam hatinya: \u201cTuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.<br \/>\nEsoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: \u201cJuraij&#8230;&#8230;. Juraij.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Juraij ragu lagi: \u201cTuhanku, ibuku atau solatku?\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Dia masih juga mengutamakan solatnya.<br \/>\nIbunya yang semakin kecewa itu berkata: \u201cYa Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<\/p>\n<p align=\"justify\">Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: \u201cKalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<\/p>\n<p align=\"justify\">Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: \u201cAda apa ini?\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Mereka menjawab: \u201cEngkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<\/p>\n<p align=\"justify\">Juraij berkata: \u201cDi mana anak itu?\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: \u201cWahai bayi, siapa ayahmu?\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Bayi yang baru lahir itu menjawab: \u201cAyahku si Polan, seorang pengembala.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009dMereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: \u201cBiarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<\/p>\n<p align=\"justify\">Juraij berkata: \u201cTidak, binalah semula dari tanah.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Mereka pun membangunnya semula dari tanah.<\/p>\n<p align=\"justify\">Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: \u201cYa Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: \u201cYa Allah, jangan jadikan aku seperti dia.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<\/p>\n<p align=\"justify\">Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: \u201cTidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: \u201cWanita penzina&#8230;. pencuri.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: \u201cCukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<\/p>\n<p align=\"justify\">Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: \u201cYa Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: \u201cYa Allah, jadikanlah aku seperti dia.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.<\/p>\n<p align=\"justify\">Ibunya merasa hairan dan berkata: \u201cTadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: \u201cYa Allah, jangan jadikan aku seperti dia.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: \u201cYa Allah, jadikanlah aku seperti dia.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d Bayi itu menjawab: \u201cLelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<\/p>\n<p align=\"justify\">Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:<br \/>\n\u201cAda empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: \u201cTidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): \u201cJuraij &#8230;. Juraij&#8230;..\u00c3\u00a2\u201a\u00ac\u009d [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":663,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-431","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-kisah-dan-tauladan","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/users\/663"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=431"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/431\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}