{"id":4358,"date":"2022-02-20T06:53:56","date_gmt":"2022-02-20T06:53:56","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/?p=4358"},"modified":"2022-02-20T06:54:00","modified_gmt":"2022-02-20T06:54:00","slug":"terpaksa-kuarantin-kerana-covid-19-ini-boleh-anda-dilakukan-supaya-tak-tertekan-dan-cepat-sembuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/2022\/02\/20\/terpaksa-kuarantin-kerana-covid-19-ini-boleh-anda-dilakukan-supaya-tak-tertekan-dan-cepat-sembuh\/","title":{"rendered":"Terpaksa kuarantin kerana Covid-19&#8230; Ini boleh anda dilakukan supaya tak tertekan dan cepat sembuh!"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>MENTERI<\/strong>&nbsp;Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan individu bergejala yang didapati positif selepas menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak perlu melakukan ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase (RT-PCR).<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya individu tersebut seharusnya menganggap diri mereka positif Covid-19 walaupun tanpa pengesahan ujian RT-PCR dan menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jalani segera ujian Covid-19 sekiranya bergejala dan muat naik keputusan sama ada positif atau negatif ke MySejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Individu positif Covid-19 kategori 1 (tiada gejala) dan 2A (gejala ringan) serta tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai sebarang komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC),&#8221; ujarnya dalam sidang media, Isnin lalu.<\/p>\n\n\n\n<p><img decoding=\"async\" alt=\"553\" src=\"https:\/\/apicms.mstar.com.my\/uploads\/images\/2022\/02\/09\/1472925.jpg\"><br><br><em><strong>Khairy Jamaluddin.<\/strong><\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan pesakit ketika menjalani kuarantin. Ini bagi mengelakkan pesakit berasa bosan selain dapat meningkatkan imunisasi badan serta lebih cepat sembuh.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>1. Jangan lewat makan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Makanan menjadi sumber tenaga tubuh dan sepanjang kuarantin sebaik-baiknya jaga pemakanan dan jangan lupa makan selain mengambil makanan sihat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2. Aktif bergerak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun menjalani kuarantin di rumah, pesakit perlu tetap aktif. Mereka boleh melakukan gerakan ringan seperti berjalan-jalan di ruang tamu, menari atau pun melakukan senaman ringan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/apicms.mstar.com.my\/uploads\/images\/2022\/02\/09\/1472924.jpg\" alt=\"COVID-19-Cara-pemantauan-kendiri-dan-kuarantin-di-rumah-sekiranya-anda-disahkan-positif-atau-kontak-rapat\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>3. Buat perkara disukai<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mengelakkan rasa bosan, ini masanya untuk anda melakukan perkara disukai seperti membaca buku, menonton filem, bermain alat muzik, mengaji al-Quran dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>4. Berfikiran positif<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Perkara paling penting adalah sentiasa berfikiran positif dalam usaha untuk pulih. Pada masa sama anda perlu tetap berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan sama ada melalui media sosial, panggilan telefon dan sebagainya. Ia membantu proses pemulihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak 6 Februari lalu, Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes positif melebihi 10,000 kes dan menurut Khairy ia bukan sesuatu yang luar jangka.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi itu disebabkan penularan varian Omicron yang lebih mudah merebak dan peningkatan kes juga disaksikan di negara-negara lain di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>kresit artikel : mstar.com<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MENTERI&nbsp;Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan individu bergejala yang didapati positif selepas menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak perlu melakukan ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase (RT-PCR). Sebaliknya individu tersebut seharusnya menganggap diri mereka positif Covid-19 walaupun tanpa pengesahan ujian RT-PCR dan menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). &#8220;Jalani segera ujian Covid-19 sekiranya bergejala [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":663,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-4358","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-petua-dan-kesihatan","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4358","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/users\/663"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4358"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4358\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4360,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4358\/revisions\/4360"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4358"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4358"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4358"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}