{"id":4626,"date":"2022-03-09T06:30:39","date_gmt":"2022-03-09T06:30:39","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/?p=4626"},"modified":"2022-03-09T06:30:43","modified_gmt":"2022-03-09T06:30:43","slug":"scam-halus-jual-beli-emas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/2022\/03\/09\/scam-halus-jual-beli-emas\/","title":{"rendered":"SCAM \u201cHALUS\u201d JUAL-BELI EMAS"},"content":{"rendered":"\n<p>Murahnya emas tapi hantar secara ansuran&#8230;<\/p>\n\n\n\n<p>You have been warned! (Kamu telah diberi amaran!)<\/p>\n\n\n\n<p>Soalan: Saya beli emas 40 gram dengn harga RM6,300.00 Tetapi emas itu saya akan terima setiap bulan 10 gram. Tetapi ada akad antara kami dan penjual.. Mohon pencerahan ustaz.<\/p>\n\n\n\n<p>Jawapan: Akad tidak halalkan cara, cara mesti betul dulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Harga semasa emas 916 ialah lebih-kurang RM250 untuk 1 gram. Tetapi kamu dapat beli RM157.50 satu gram. Maksudnya kamu dapat diskaun sebanyak 30%. Itu adalah diskaun yang amat tinggi dan luar biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah kamu terfikir bahawa kemungkinan terdapat unsur penipuan?<\/p>\n\n\n\n<p>Betul, ramai orang yang kamu kenal mendapat kesemua emas mereka, tetapi tahukah kamu scam yang menggiurkan selalunya memberikan untung yang banyak kepada ahli-ahli yang awal untuk dijadikan bukti mereka bukan scam?<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah kemungkinan besar satu contoh scam halus jual-beii emas\u2026 ditawarkan emas dengan harga yang murah tetapi emas akan diberikan secara ansuran.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kemungkinan besar adalah money game atau skim ponzi. Mereka akan kutip wang beribu-ribu dari ratusan, malah ribuan mangsa dan boleh mencecah berjuta-juta Ringgit.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka akan beli emas harga pasaran kemudian diberikan kepada ahli-ahli yang awal. Dan begitulah seterusnya. Wang yang dikutip dipusing dan dipusing.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan kemungkinan apabila mereka sudah &#8220;penat&#8221; dan &#8220;berpuas hati&#8221; dengan berjuta dalam kantung, mulalah ada isu seperti kilang emas tutup sebab covid, pengurus kena covid, bank ada masalah, lombong emas ditutup sebab KPDNHEP ganggu dan macam-macam lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah cara scam-scam ultra besar ditamatkan seperti ARBA, emas ETA Tok Belagak dan Highway Group. Maka mangsa-mangsa akan gigit jari serta menangis tak berlagu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada scam yang sebegini tawarkan pakej setinggi RM40,000!! Kan gila tu.<\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun, pembelian begini adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana adalah menjadi kesalahan jika harga sudah dibayar sepenuhnya atau ansuran pertama sudah dibayar dalam pembelian ansuran, barang tidak diberikan sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah cara ini melibatkan riba?<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak\u2026 jika ia melibatkan barang kemas menurut pendapat Inbu Taymiyyah dan Ibn Qayyim serta fatwa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>Islam mewajibkan patuh kepada pemerintah dan undang-undangnya, selagi undang-undang itu tidak langgar syarak. Tidak patuh undang-undang maksudnya tidak patuh syariah.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasihat kami \u201dif its too good to be true, then it is too good to be true\u201d atau \u201cjika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan\/sahih, maka ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan\/sahih\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Wallahu\u2019alam.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga bermanafaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.<\/p>\n\n\n\n<p>Insya Allah\u2026<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/web.telegram.org\/z\/img-apple-64\/1f601.png\" alt=\"?\" \/><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Murahnya emas tapi hantar secara ansuran&#8230; You have been warned! (Kamu telah diberi amaran!) Soalan: Saya beli emas 40 gram dengn harga RM6,300.00 Tetapi emas itu saya akan terima setiap bulan 10 gram. Tetapi ada akad antara kami dan penjual.. Mohon pencerahan ustaz. Jawapan: Akad tidak halalkan cara, cara mesti betul dulu. Harga semasa emas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":663,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[14],"tags":[],"class_list":["post-4626","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-emas","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4626","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/users\/663"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4626"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4626\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4628,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4626\/revisions\/4628"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4626"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4626"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4626"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}