{"id":700,"date":"2020-02-12T03:31:50","date_gmt":"2020-02-12T03:31:50","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/?p=700"},"modified":"2020-02-12T03:31:50","modified_gmt":"2020-02-12T03:31:50","slug":"jerebu-tanda-murka-allah-kerana-tangan-manusia-berdoa-dan-kembalilah-ke-pangkal-jalan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/2020\/02\/12\/jerebu-tanda-murka-allah-kerana-tangan-manusia-berdoa-dan-kembalilah-ke-pangkal-jalan\/","title":{"rendered":"Jerebu tanda murka Allah kerana tangan manusia&#8230; Berdoa dan kembalilah ke pangkal jalan"},"content":{"rendered":"<div class=\"story-header\">\n<div class=\"addthis_inline_share_toolbox_gv6c\"><\/div>\n<\/div>\n<div id=\"mcontent_2_row_0_columncontainera_0_pnlStoryContent\" class=\"story-content\">\n<div class=\"img-wrap lead-img\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.mstar.com.my\/~\/media\/upload\/2019\/09\/19\/18\/40\/jerebu%20%201.ashx?w=830&amp;h=553&amp;crop=1\" alt=\"\" \/><\/p>\n<div class=\"caption\"><label class=\"play-icon\"> <i class=\"fa fa-image\"><\/i> <\/label>Kebakaran hutan di Kahayan Hilir Kalimantan Tengah, Indonesia, menyebabkan kesusahan kepada rakyat Malaysia dan ia antara contoh perbuatan yang dimurkai Allah berpunca daripada tangan manusia. Foto: AFP<\/div>\n<\/div>\n<article class=\"story\"><strong>MANUSIA <\/strong>merupakan khalifah di atas muka bumi yang diamanahkan oleh Allah agar sentiasa menjaga dan melaksanakan segala perintah Allah.<\/p>\n<p>Bagi\u00a0 membolehkan\u00a0 mereka melaksanakan tugasan ini secara efektif, manusia telah dikurniakan akal dan nafsu sebagai pengimbang dan pemandu dalam memainkan sesuatu peranan.<\/p>\n<p>Alam\u00a0 bumi\u00a0 merupakan\u00a0 salah\u00a0 satu\u00a0 daripada\u00a0 alam-alam\u00a0 lain\u00a0 yang telah diciptakan oleh Allah sebagai tanda kekuasaanNya.<\/p>\n<p>Manusia adalah sebahagian daripada ciptaan penting yang wujud di bumi dan mempunyai hubungan yang rapat dengan\u00a0 persekitarannya.<\/p>\n<p>Bumi\u00a0 yang\u00a0 dijadikan\u00a0 dengan\u00a0 penuh\u00a0 keindahan\u00a0 dan keseimbangan\u00a0 ini\u00a0 memerlukan\u00a0 pentadbir\u00a0 yang\u00a0 berkualiti\u00a0 bagi\u00a0 memastikan kesinambungannya terpelihara.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.mstar.com.my\/xpose\/addin\/2019\/09\/20\/~\/media\/739933ffe0594d9094f9e5b21b2a3dfc.ashx?la=en\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"524\" \/><\/p>\n<div><strong><em>Bumi kelihatan berkabus pada waktu tengah hari disebabkan jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia.<\/em><\/strong><\/div>\n<div><\/div>\n<p>Oleh itu, manusia perlu memberikan perhatian dan tumpuan\u00a0 yang\u00a0 serius\u00a0 terhadap\u00a0 amanah\u00a0 yang\u00a0 telah\u00a0 diberikan\u00a0 oleh\u00a0 Allah\u00a0 dengan memastikan mereka mampu melaksanakan kedua-dua tugasan ini secara sempurna tanpa mengabaikannya.<\/p>\n<p><strong>Kelalaian manusia<\/strong><\/p>\n<p>Fenomena jerebu yang melanda negara ketika ini merupakan kesilapan dan kelalaian manusia itu sendiri. Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah Ar-Room ayat 41:\u00a0<em>Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat.<\/em><\/p>\n<p>Ada yang mengatakan bahawa fenomena jerebu yang berlaku ini merupakan salah satu tanda hari kiamat berdasarkan daripada salah satu surah didalam Al-Quran iaitu Surah \u2018Ad-Dukhan\u2019 yang beerti asap. Dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah itu mengenai azab kepada satu golongan kaum musyrikin yang menolak seruan Rasulullah SAW.<\/p>\n<blockquote class=\"quote-02\">\n<div class=\"quote-content\">\n<h2>Hari kiamat tidaklah diketahui oleh sesiapa melainkan hanya Allah sahaja mempunyai rahsianya. Disebutkan dalam surah Luqman ayat ke 34 Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.<\/h2>\n<\/div>\n<\/blockquote>\n<p>Firman Allah SWT di dalam Surah Ad-Dukhan ayat 10 yang bermaksud:\u00a0<em>Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih.<\/em><\/p>\n<p>Tanda kiamat juga disebutkan di dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim didalam sahihnya:\u00a0<em>Sabda Baginda SAW:\u00a0 &#8220;Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi hingga ada sepuluh tanda (sebelumnya):\u00a0 Gerhana di Timur, gerhana di Barat, gerhana di Jazirah Arab, asap, dajal, binatang bumi, Yakjuj dan Makjuj, terbitnya matahari dari Barat, dan api yang keluar dari\u00a0 Yaman mengiring manusia.&#8221;<\/em><\/p>\n<p>Berdasarkan ayat dan hadis di atas maka ramai yang mengatakan bahawa hari kiamat semakin hampir.<\/p>\n<p><strong>Ujian Allah<\/strong><\/p>\n<p>Hari kiamat tidaklah diketahui oleh sesiapa melainkan hanya Allah sahaja mempunyai rahsianya. Disebutkan dalam surah Luqman ayat ke 34 Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.<\/p>\n<p>Oleh yang demikian kejadian jerebu yang melanda negara hari ini merupakan ujian dan peringatan Allah supaya kita kembali kepadaNya dengan keinsafan dan bertaubat serta mengikut segala perintah Allah.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.mstar.com.my\/xpose\/addin\/2019\/09\/20\/~\/media\/38f1519ad5ef401dba2c3943f7a1ae71.ashx?la=en\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"533\" \/><\/p>\n<p><em><strong>Orang ramai digalakkan memakai topeng muka jika berada di luar rumah untuk mengelak pelbagai penyakit akibat jerebu.<\/strong><\/em><\/p>\n<p>Ini kerana Allah akan sentiasa menguji hambanya dengan kelaparan, kesakitan, kekurangan hasil tanaman ataupun dengan kematian untuk mereka menyedari akan keagungan dan kehebatan Allah.<\/p>\n<p><strong>Saranan ketika jerebu<\/strong><\/p>\n<p>Islam menyarankan supaya kita menjaga nyawa seperti mana yang terdapat dalam Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.<\/p>\n<p>Oleh itu dinasihatkan supaya kita sentiasa mendengar arahan dan saranan daripada pihak berkuasa supaya tidak terjerumus dalam kemudaratan antaranya ialah:<\/p>\n<p>1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan<\/p>\n<p>2. Banyakkan berada di dalam bangunan<\/p>\n<p>3. Banyakkan minum air kosong<\/p>\n<p>Islam juga menyarakan supaya umat Islam melakukan solat Istisqa\u2019 iaitu solat momohon agar hujan diturunkan.<\/p>\n<p>Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT serta kita juga disarankan untuk berdoa dengan rendah hati dan tawaduk di hadapan Allah yang Maha Kuasa.<\/p>\n<\/article>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kebakaran hutan di Kahayan Hilir Kalimantan Tengah, Indonesia, menyebabkan kesusahan kepada rakyat Malaysia dan ia antara contoh perbuatan yang dimurkai Allah berpunca daripada tangan manusia. Foto: AFP MANUSIA merupakan khalifah di atas muka bumi yang diamanahkan oleh Allah agar sentiasa menjaga dan melaksanakan segala perintah Allah. Bagi\u00a0 membolehkan\u00a0 mereka melaksanakan tugasan ini secara efektif, manusia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":663,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-700","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-kisah-dan-tauladan","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/700","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/users\/663"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=700"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/700\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=700"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=700"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=700"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}