{"id":757,"date":"2020-02-16T00:53:00","date_gmt":"2020-02-16T00:53:00","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/?p=757"},"modified":"2020-02-16T00:53:00","modified_gmt":"2020-02-16T00:53:00","slug":"jangan-malas-naik-tangga-bukan-sahaja-senaman-bakar-kalori-juga-mampu-jaga-kesihatan-mental-anda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/2020\/02\/16\/jangan-malas-naik-tangga-bukan-sahaja-senaman-bakar-kalori-juga-mampu-jaga-kesihatan-mental-anda\/","title":{"rendered":"Jangan malas! Naik tangga&#8230; bukan sahaja senaman bakar kalori, juga mampu jaga kesihatan mental anda"},"content":{"rendered":"<div class=\"story-header\">\n<div class=\"addthis_inline_share_toolbox_gv6c\"><\/div>\n<\/div>\n<div id=\"mcontent_2_row_0_columncontainera_0_pnlStoryContent\" class=\"story-content\">\n<div class=\"img-wrap lead-img\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.mstar.com.my\/~\/media\/upload\/2020\/01\/13\/13\/59\/file6u9pvz2ofcm67ydwn7w.ashx?w=830&amp;h=553&amp;crop=1\" alt=\"\" \/><\/p>\n<div class=\"caption\"><label class=\"play-icon\"> <i class=\"fa fa-image\"><\/i> <\/label>Menaiki tangga mempunyai pelbagai kelebihan pada kesihatan pada yang tidak mempunyai masa untuk bersenam.<\/div>\n<\/div>\n<article class=\"story\"><strong>RAMAI<\/strong> di antara kita jarang melakukan senaman secara konsisten akibat kesibukan urusan harian sehingga kesihatan diri terabai.<\/p>\n<p>Tetapi itu bukan lagi alasan kerana terdapat banyak cara untuk membakar kalori dan salah satu caranya adalah dengan menaiki tangga.<\/p>\n<p>Apa kata mulai hari ini cuba elak menggunakan lif dan menaiki tangga ketika bekerja kerana ia mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan termasuk lapan perkara ini;<\/p>\n<p><strong>1. Mengurangkan risiko angin ahmar<\/strong><\/p>\n<p>Menerusi kajian bertajuk <em>Promoting Stair Climbing as an Exercise Routine among Healthy Older Adults <\/em>yang diterbitkan MDPI 2019 menyebut, rutin menaiki tangga secara konsisten (sekitar 20 hingga 34 anak tangga seminggu) dapat menurunkan risiko serangan angin ahmar, selain meningkatkan denyutan jantung dan menurunkan kesan fisiologi kepada warga emas.<\/p>\n<p><strong>2. Membakar lebih banyak kalori<\/strong><\/p>\n<p>Menurut jurnal diterbitkan BMC Public Health pada 2012, menaiki tangga dapat membantu membakar lebih banyak kalori dalam kiraan seminit daripada berjoging atau melakukan aktiviti mendayung.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.mstar.com.my\/xpose\/famili\/2020\/01\/15\/~\/media\/d72f5a680f734291b59fd3ee9a403a0e.ashx?la=en\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"580\" \/><\/p>\n<p><strong>3. Menguatkan otot<\/strong><\/p>\n<p>Jurnal bertajuk<em> The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients<\/em> (2015) pula menyatakan, menaiki tangga dapat menguatkan otot kaki kerana ia melibatkan gerakan secara vertikal dan horizontal selain menjaga keseimbangan badan.<\/p>\n<p><strong>4. Meningkatkan fungsi paru-paru<\/strong><\/p>\n<p>Aktiviti naik tangga juga dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru seseorang, malah ia juga baik buat mereka yang menghidap masalah paru-paru.<\/p>\n<p><strong>5. Menurunkan kadar kematian<\/strong><\/p>\n<p>Kajian berjudul <em>Stair-Climbing Capacity as a Marker of Improvement Following Pulmonary Rehabilitation <\/em>yang diterbitkan oleh <em>Preventive Medicine Reports <\/em>(2019) menyatakan memanjat tangga secara konsisten berpotensi membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang boleh mendatangkan maut seperti diabetes, jantung dan kanser.<\/p>\n<p><strong>6. Meningkatkan kesihatan mental<\/strong><\/p>\n<p>Tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan fizikal, menaiki tangga juga membantu meningkatkan kerja kognitif berbanding sesi senaman berat.<\/p>\n<p>Ia sekaligus dapat menjaga fungsi mental agar sentiasa lebih fokus dan terhindar daripada sebarang penyakit berkaitan mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.mstar.com.my\/xpose\/famili\/2020\/01\/15\/~\/media\/bf3edf8489054d0da03ec50330ae80e7.ashx?la=en\" alt=\"\" width=\"800\" height=\"532\" \/><\/p>\n<p><strong>7. Mencegah risiko osteoporosis<\/strong><\/p>\n<p>Osteoporosis adalah masalah kesihatan global berkaitan dengan tulang. Amalan menaiki tangga dan berjalan kaki mampu membantu mencegah tulang mereput.<\/p>\n<p><strong>8. Meningkatkan sensitiviti insulin<\/strong><\/p>\n<p>Bagi penderita penyakit diabetes, amalan menaiki tangga dalam tempoh pendek dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekaligus meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.<\/p>\n<\/article>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menaiki tangga mempunyai pelbagai kelebihan pada kesihatan pada yang tidak mempunyai masa untuk bersenam. RAMAI di antara kita jarang melakukan senaman secara konsisten akibat kesibukan urusan harian sehingga kesihatan diri terabai. Tetapi itu bukan lagi alasan kerana terdapat banyak cara untuk membakar kalori dan salah satu caranya adalah dengan menaiki tangga. Apa kata mulai hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":663,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-757","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-petua-dan-kesihatan","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/757","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/users\/663"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=757"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/757\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=757"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=757"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=757"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}