{"id":879,"date":"2020-06-15T07:17:40","date_gmt":"2020-06-15T07:17:40","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/?p=879"},"modified":"2020-06-15T07:17:40","modified_gmt":"2020-06-15T07:17:40","slug":"perintah-kawalan-pergerakan-malaysia-2020","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/2020\/06\/15\/perintah-kawalan-pergerakan-malaysia-2020\/","title":{"rendered":"Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020"},"content":{"rendered":"<p><b>Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020<\/b> merujuk kepada tindakan pencegahan oleh <a title=\"Kerajaan Persekutuan Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Kerajaan_Persekutuan_Malaysia\">kerajaan persekutuan<\/a> <a title=\"Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Malaysia\">Malaysia<\/a> terhadap kes <a class=\"mw-redirect\" title=\"Pandemik COVID-19 (2019-20)\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Pandemik_COVID-19_(2019-20)\">pandemik koronavirus<\/a> (COVID-19) pada 16 Mac 2020, oleh itu &#8220;kawalan gerakan&#8221; dilaksanakan di seluruh negara.<sup id=\"cite_ref-2\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-2\">[2]<\/a><\/sup> Kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai <b>&#8220;Kuarantin Malaysia&#8221;<\/b><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h2><span id=\"Kronologi\" class=\"mw-headline\">Kronologi<\/span><\/h2>\n<p>Pada 16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, <a title=\"Muhyiddin Yassin\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Muhyiddin_Yassin\">Tan Sri Muhyiddin Yassin<\/a> memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah <a title=\"Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Akta_Pencegahan_dan_Pengawalan_Penyakit_Berjangkit_1988\">Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988<\/a> dan Akta Polis 1967.<sup id=\"cite_ref-lockdown_7-0\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-lockdown-7\">[7]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<table class=\"wikitable sortable jquery-tablesorter\">\n<caption>Maklumat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac 2020 &#8211; 31 Ogos 2020<\/caption>\n<thead>\n<tr>\n<th class=\"headerSort\" title=\"Menyusun secara menaik\" role=\"columnheader button\">#<\/th>\n<th class=\"headerSort\" title=\"Menyusun secara menaik\" role=\"columnheader button\">Keterangan<\/th>\n<\/tr>\n<\/thead>\n<tbody>\n<tr>\n<td>1<\/td>\n<td>Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam untuk penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.<sup id=\"cite_ref-MCO_contents_8-0\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-MCO_contents-8\">[8]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>2<\/td>\n<td>Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.<sup id=\"cite_ref-MCO_contents_8-1\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-MCO_contents-8\">[8]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>3<\/td>\n<td>Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.<sup id=\"cite_ref-MCO_contents_8-2\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-MCO_contents-8\">[8]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>4<\/td>\n<td>Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.<sup id=\"cite_ref-MCO_contents_8-3\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-MCO_contents-8\">[8]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>5<\/td>\n<td>Penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPT) serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.<sup id=\"cite_ref-MCO_contents_8-4\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-MCO_contents-8\">[8]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>6<\/td>\n<td>Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.<sup id=\"cite_ref-MCO_contents_8-5\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-MCO_contents-8\">[8]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<tfoot><\/tfoot>\n<\/table>\n<p>Berkuat kuasa pada 18 Mac, Malaysia secara rasmi melaksanakan langkah kawalan pergerakan. Pada 25 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri <a title=\"Muhyiddin Yassin\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Muhyiddin_Yassin\">Muhyiddin Yassin<\/a> melalui siaran langsung kebangsaan mengumumkan bahawa perintah kawalan itu dilanjutkan sehingga 14 April.<sup id=\"cite_ref-9\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-9\">[9]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-10\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-10\">[10]<\/a><\/sup> Walau bagaimanapun, terdapat pertimbangan kawalan pergerakan lebih lanjut sehingga akhir April atau Mei kerana jumlah kes di Malaysia dijangka meningkat pada pertengahan April, menurut <a title=\"Pertubuhan Kesihatan Sedunia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Pertubuhan_Kesihatan_Sedunia\">Pertubuhan Kesihatan Sedunia<\/a> (WHO). <sup id=\"cite_ref-11\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-11\">[11]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-12\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-12\">[12]<\/a><\/sup> Pada 8 April, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr <a title=\"Noor Hisham Abdullah\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Noor_Hisham_Abdullah\">Noor Hisham Abdullah<\/a> memberitahu kementerian kesihatan sedang mengadakan perbincangan dengan kabinet negara mengenai kemungkinan lanjutan PKP, dengan keputusan empoh PKP yang diumumkan tidak lewat daripada hari Jumaat.<sup id=\"cite_ref-13\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-13\">[13]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-14\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-14\">[14]<\/a><\/sup><\/p>\n<p><a title=\"Polis Diraja Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Polis_Diraja_Malaysia\">Polis Diraja Malaysia<\/a> (PDRM) pada mulanya memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak mematuhi langkah kawalan boleh dikenakan pelbagai penalti di bawah <a title=\"Kanun Keseksaan\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Kanun_Keseksaan\">Kanun Keseksaan<\/a>.<sup id=\"cite_ref-15\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-15\">[15]<\/a><\/sup> Walau bagaimanapun, pada 18 Mac, jabatan <a title=\"Peguam Negara Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Peguam_Negara_Malaysia\">Peguam Negara<\/a> mengeluarkan gazet persekutuan khusus untuk perintah kawalan, menyatakan penalti sehingga RM1,000 dan\/atau sehingga enam bulan penjara bagi sesiapa yang tidak mematuhi peraturan perintah itu.<sup id=\"cite_ref-16\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-16\">[16]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>Semua perjalanan antara negeri, kecuali perjalanan ke <a title=\"Sarawak\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Sarawak\">Sarawak<\/a> tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada pihak polis yang dikehendaki dengan alasan yang sah dalam tempoh kawalan.<sup id=\"cite_ref-17\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-17\">[17]<\/a><\/sup> Kehadiran orang ramai di balai polis yang cuba mendapatkan permit hanya dalam tempoh beberapa jam sebelum kawalan perjalanan dikuatkuasakan juga berlaku. Bimbang bahawa penyakit itu akan tersebar, PDRM kemudian membatalkan polisi tersebut dalam tempoh beberapa jam sehingga notis selanjutnya.<sup id=\"cite_ref-18\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-18\">[18]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>Semasa perintah itu, PDRM mengadakan sekatan jalanraya di seluruh negara,<sup id=\"cite_ref-19\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-19\">[19]<\/a><\/sup> untuk memastikan dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah dan mematuhi perintah itu.<sup id=\"cite_ref-20\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-20\">[20]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-21\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-21\">[21]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-22\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-22\">[22]<\/a><\/sup> Bermula dari 22 Mac, <a title=\"Angkatan Tentera Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Angkatan_Tentera_Malaysia\">Angkatan Tentera Malaysia<\/a> akan digerakkan untuk membantu pihak PDRM bagi memastikan keberkesanan perintah terebut.<sup id=\"cite_ref-23\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-23\">[23]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-24\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-24\">[24]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>Pada 30 Mac, kerajaan pusat telah menetapkan bahawa semua perniagaan seperti pasar raya dan restoran, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan hanya boleh dikendalikan dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam bermula dari 1 April.<sup id=\"cite_ref-25\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-25\">[25]<\/a><\/sup> Bagaimanapun, kerajaan Sarawak menegaskan masa operasinya dari 7 pagi sehingga 7 malam, menyatakan bahawa siang di Sarawak lebih awal berbanding Malaysia Barat.<sup id=\"cite_ref-26\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-26\">[26]<\/a><\/sup> Langkah selanjutnya bermula 1 April; seseorang tidak boleh menemani orang lain semasa perjalanan kecuali dengan tujuan untuk perubatan, radius perjalanan 10 km untuk semua pelancong (termasuk untuk tujuan perubatan) dan melarang semua jenis perhimpunan kecuali untuk pengebumian, namun para hadirin mesti dalam jumlah minimum.<sup id=\"cite_ref-27\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-27\">[27]<\/a><\/sup> Sesiapa yang melakukan perjalanan dengan tujuan perubatan dikecualikan daripada peraturan perseorangan dan jarak perjalanan.<sup id=\"cite_ref-28\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-28\">[28]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>Semua peringkat rantai bekalan berkaitan <a title=\"Pertanian di Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Pertanian_di_Malaysia\">pertanian<\/a> dan industri perikanan dibenarkan beroperasi sepanjang perintah.<sup id=\"cite_ref-29\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-29\">[29]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h3><span id=\"Perintah_Kawalan_Pergerakan_Diperketatkan\" class=\"mw-headline\">Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan<\/span><\/h3>\n<p>Bermula 27 Mac, beberapa kawasan tertentu di Malaysia tertakluk kepada perintah ketat yang dipanggil &#8220;Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)&#8221; selama 14 hari jika kumpulan besar dikesan di dalam kawasan itu agar kerajaan dapat menjalankan ujian COVID-19 dengan teliti terhadap semua penduduk, dan untuk membendung penyebaran pandemik di luar kawasan tersebut. Pesanan termasuk: Perintah termasuk:<sup id=\"cite_ref-:0_30-0\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-:0-30\">[30]<\/a><\/sup><\/p>\n<ul>\n<li>semua penduduk dan pelawat di dalam kawasan dilarang keluar dari rumah mereka semasa perintah itu;<\/li>\n<li>bukan penduduk dan pelawat dari luar kawasan tidak dibenarkan masuk ke kawasan yang tertakluk kepada perintah itu;<\/li>\n<li>semua perniagaan ditutup;<\/li>\n<li>bekalan makanan yang mencukupi akan diberikan oleh pihak berkuasa semasa 14 hari untuk semua penduduk;<\/li>\n<li>pangkalan perubatan akan ditubuhkan di kawasan itu;<\/li>\n<li>semua jalan ke kawasan itu disekat.<\/li>\n<\/ul>\n<p>Pada 27 Mac, dua kawasan di <a title=\"Simpang Renggam\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Simpang_Renggam\">Simpang Renggam<\/a>, <a title=\"Johor\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Johor\">Johor<\/a> tertakluk kepada perintah lebih ketat yang dipanggil &#8220;Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)&#8221; sehingga 9 April kerana kawasan tersebut sahaja menyumbang kepada setinggi 61 kes. <sup id=\"cite_ref-:0_30-1\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-:0-30\">[30]<\/a><\/sup> Pada 30 Mac, perintah ini dilaksanakan untuk beberapa kampung di <a title=\"Kampung Sungai Lui\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Kampung_Sungai_Lui\">Kampung Sungai Lui<\/a>, <a class=\"mw-redirect\" title=\"Daerah Hulu Langat\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Daerah_Hulu_Langat\">Daerah Hulu Langat<\/a>, <a title=\"Selangor\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Selangor\">Selangor<\/a> disebabkan oleh pengesanan kumpulan yang melibatkan <a title=\"Madrasah\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Madrasah\">madrasah<\/a> dengan 71 kes positif.<sup id=\"cite_ref-31\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-31\">[31]<\/a><\/sup> Menara City One yang majoriti didiami olej pekerja asing di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur tertakluk kepada perintah yang dilanjutkan pada 31 Mac lalu disebabkan oleh 17 kes yang melibatkan penduduk menara telah dikesan.<sup id=\"cite_ref-32\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-32\">[32]<\/a><\/sup> Perumahan flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion, terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, tertakluk kepada PKPD pada 7 April, kerana 15 kes positif dikesan di dalam kedua-dua bangunan itu.<sup id=\"cite_ref-33\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-33\">[33]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>Pada 6 April, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri <a title=\"Ismail Sabri Yaakob\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Ismail_Sabri_Yaakob\">Ismail Sabri Yaakob<\/a> berkata bahawa kerajaan sedang merancang untuk prosedur operasi piawaian yang baru mengenai PKPD dan kerajaan cuba tidak mengenakan jarak yang luas ke kawasan yang tertakluk kepada PKPD.<sup id=\"cite_ref-34\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-34\">[34]<\/a><\/sup> Beberapa negeri turut membatalkan Bazar Ramadan.<\/p>\n<h4><span id=\"Kawasan_yang_terlibat\" class=\"mw-headline\">Kawasan yang terlibat<\/span><\/h4>\n<p>Berikut ialah kawasan yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD):<\/p>\n<table class=\"wikitable sortable jquery-tablesorter\">\n<thead>\n<tr>\n<th class=\"headerSort\" title=\"Menyusun secara menaik\" role=\"columnheader button\">#<\/th>\n<th class=\"headerSort\" title=\"Menyusun secara menaik\" role=\"columnheader button\">Lokasi<\/th>\n<th class=\"headerSort\" title=\"Menyusun secara menaik\" role=\"columnheader button\">Negeri<\/th>\n<th class=\"headerSort\" title=\"Menyusun secara menaik\" role=\"columnheader button\">Tarikh Mula berkuatkuasa<\/th>\n<th class=\"headerSort\" title=\"Menyusun secara menaik\" role=\"columnheader button\">Sumber<\/th>\n<\/tr>\n<\/thead>\n<tbody>\n<tr>\n<td>1<\/td>\n<td>Kampung Dato&#8217; Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid (Simpang Renggam)<\/td>\n<td>Johor<\/td>\n<td>27 Mac 2020<\/td>\n<td><sup id=\"cite_ref-35\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-35\">[35]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>2<\/td>\n<td>Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui (Hulu Langat)<\/td>\n<td>Selangor<\/td>\n<td>30 Mac 2020<\/td>\n<td><sup id=\"cite_ref-36\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-36\">[36]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>3<\/td>\n<td>Menara City One di Jalan Munshi Abdullah<\/td>\n<td>Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur<\/td>\n<td>31 Mac 2020<\/td>\n<td><sup id=\"cite_ref-37\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-37\">[37]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>4<\/td>\n<td>Flat Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India<\/td>\n<td>Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur<\/td>\n<td>7 April 2020<\/td>\n<td><sup id=\"cite_ref-38\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-38\">[38]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>5<\/td>\n<td>Seluruh kawasan Masjid India meliputi:<\/p>\n<ul>\n<li>Jalan Munshi Abdullah,<\/li>\n<li>Jalan Dang Wangi,<\/li>\n<li>Jalan Tunku Abdul Rahman,<\/li>\n<li>Jalan Tun Perak,<\/li>\n<li>Jalan Melaka<\/li>\n<li>Jalan Ampang.<\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<td>Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur<\/td>\n<td>14 April 2020<\/td>\n<td><sup id=\"cite_ref-39\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-39\">[39]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>6<\/td>\n<td>Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur meliputi:<\/p>\n<ul>\n<li>Parcel A: Jalan 6\/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur<\/li>\n<li>Parcel B:\u00a0 Jalan 6\/3A dan 9\/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur<\/li>\n<li>Parcel C: Jalan 2\/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur<\/li>\n<li>Parcel D:\u00a0 Jalan 2\/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur<\/li>\n<li>Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1\/2D, Kuala Lumpur<\/li>\n<li>Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1\/2D, Kuala Lumpur<\/li>\n<li>Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1\/2B, Kuala Lumpur<\/li>\n<li>Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur<\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<td>Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur<\/td>\n<td>20 April 2020<\/td>\n<td><sup id=\"cite_ref-40\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-40\">[40]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td>7<\/td>\n<td>Selayang Baru, Gombak meliputi\u00a0:<\/p>\n<ul>\n<li>Zon A &#8211; Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah.<\/li>\n<li>Zon B &#8211; Jalan Indah 21, Lembah Indah.<\/li>\n<li>Zon C &#8211; Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru.<\/li>\n<li>Zon D &#8211; Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru.<\/li>\n<li>Zon E &#8211; Jalan 2, 4, 6 dan 8,Selayang Baru.<\/li>\n<li>Zon F &#8211; Blok A, B dan C, Selayang Makmur<\/li>\n<\/ul>\n<\/td>\n<td>Selangor<\/td>\n<td>25 April 2020<\/td>\n<td><sup id=\"cite_ref-41\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-41\">[41]<\/a><\/sup><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<tfoot><\/tfoot>\n<\/table>\n<h3><span id=\"Perintah_Kawalan_Pergerakan_Bersyarat\" class=\"mw-headline\">Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat<\/span><\/h3>\n<p>Pada 1 Mei, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan khasnya sempena <a title=\"Hari Pekerja\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Hari_Pekerja\">Hari Pekerja<\/a> telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), iaitu perlonggaran syarat-syarat PKP tertentu untuk membuka semula ekonomi negara secara terkawal yang dijadualkan bermula dari 4 Mei.<sup id=\"cite_ref-42\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-42\">[42]<\/a><\/sup> Syarat-syarat baharu dalam PKPB termasuk:<sup id=\"cite_ref-43\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-43\">[43]<\/a><\/sup><\/p>\n<ul>\n<li>hampir semua sektor dan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sambil memperhatikan prosedur operasi standard (SOP) perniagaan yang merangkumi penjarakan sosial dan mencatat nama dan nombor telefon pelanggan dan tarikh lawatan mereka;<\/li>\n<li>aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan besar, sentuhan badan dan risiko jangkitan lain tidak dibenarkan, termasuk semua acara sukan dalaman dan stadium. Kegiatan sukan luar yang tidak melibatkan sentuhan badan dengan kumpulan kecil tanpa penonton dan tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dilakukan;<\/li>\n<li>acara sosial, komuniti dan budaya yang melibatkan perhimpunan besar serta semua jenis acara dan perhimpunan rasmi adalah tidak dibenarkan. Aktiviti keagamaan dan semua aktiviti berjemaah atau perhimpunan di rumah ibadat juga tidak dibenarkan;<\/li>\n<li>perjalanan antara negeri, termasuk tradisi <a title=\"Balik Kampung\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Balik_Kampung\">balik kampung<\/a> sempena perayaan <a title=\"Hari Raya Aidilfitri\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Hari_Raya_Aidilfitri\">Hari Raya Aidilfitri<\/a> yang akan datang tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan kerja dan pulang setelah terkandas di kampung halaman atau di tempat lain.<\/li>\n<\/ul>\n<h3><span id=\"Perintah_Kawalan_Pergerakan_Pemulihan\" class=\"mw-headline\">Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan<\/span><\/h3>\n<p>Pada 7 Jun 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan bahawa pada 10 Jun, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang merupakan fasa pemulihan dari pelaksanaan PKP dan PKPB yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020<sup id=\"cite_ref-44\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-44\">[44]<\/a><\/sup><\/p>\n<h3><span id=\"Langkah_mengikut_negeri\" class=\"mw-headline\">Langkah mengikut negeri<\/span><\/h3>\n<h4><span id=\"Pahang\" class=\"mw-headline\">Pahang<\/span><\/h4>\n<p>Bermula 21 Mac (Sabtu) sehingga 31 Mac (Selasa), semua premis perniagaan di daerah <a title=\"Daerah Kuantan\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Daerah_Kuantan\">Kuantan<\/a>, <a title=\"Daerah Pekan\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Daerah_Pekan\">Pekan<\/a>, <a class=\"mw-redirect\" title=\"Daerah Bentong\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Daerah_Bentong\">Bentong<\/a>, <a title=\"Daerah Jerantut\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Daerah_Jerantut\">Jerantut<\/a> dan <a class=\"mw-redirect\" title=\"Daerah Temerloh\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Daerah_Temerloh\">Temerloh<\/a>, (<a title=\"Daerah Cameron Highlands\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Daerah_Cameron_Highlands\">Cameron Highlands<\/a> telah bermula melaksanakan langkah tersebut pada 16 Mac) hanya boleh beroperasi pada waktu siang sehingga 12 jam, dan perlu ditutup selepas 7 malam sehingga 7 pagi. Mengikut ukuran, semua kedai yang pada asalnya dibenarkan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan termasuk restoran pandu lalu, restoran makanan segera dan stesen minyak, tidak dibenarkan beroperasi antara jam 7 malam hingga 7 pagi.<sup id=\"cite_ref-45\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-45\">[45]<\/a><\/sup> Bermula 1 April, polis negeri Pahang mengetatkan sempadan negeri dan menubuhkan sekatan jalan raya di jalan utama negeri. <sup id=\"cite_ref-46\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-46\">[46]<\/a><\/sup><\/p>\n<h4><span id=\"Perak\" class=\"mw-headline\">Perak<\/span><\/h4>\n<p>Waktu operasi pasar borong di <a title=\"Perak\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perak\">Perak<\/a> semasa PKP ditetapkan dari 4 pagi sehingga 10 pagi. Bagaimanapun, bermula 6 April, perniagaan berkaitan makanan basah seperti ayam dan makanan laut ditetapkan dari 4 pagi sehingga 10 pagi, manakala perniagaan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan ditetapkan dari 11 pagi sehingga 4 petang. Penutupan dari 10 pagi sehingga 11 malam diutamakan untuk proses pembersihan.<sup id=\"cite_ref-47\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-47\">[47]<\/a><\/sup><\/p>\n<h4><span id=\"Terengganu\" class=\"mw-headline\">Terengganu<\/span><\/h4>\n<p>Polis Terengganu merancang untuk mengawal kawalan lalulintas berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, di mana kenderaan dengan nombor pendaftaran ganjil hanya boleh dibenarkan dalam hari yang ganjil dan sebaliknya, bermula 1 April, namun ianya ditangguhkan untuk memberi laluan untuk kajian terperinci terhadap kawalan yang dicadangkan.<sup id=\"cite_ref-48\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-48\">[48]<\/a><\/sup><\/p>\n<h2><span id=\"Kesan\" class=\"mw-headline\">Kesan<\/span><\/h2>\n<div class=\"thumbinner\"><a class=\"image\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Fail:Pavilion_Kuala_Lumpur_during_Corona_virus_lockdown_2.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"thumbimage\" src=\"https:\/\/upload.wikimedia.org\/wikipedia\/commons\/thumb\/f\/f9\/Pavilion_Kuala_Lumpur_during_Corona_virus_lockdown_2.jpg\/220px-Pavilion_Kuala_Lumpur_during_Corona_virus_lockdown_2.jpg\" alt=\"\" width=\"220\" height=\"124\" data-file-width=\"4000\" data-file-height=\"2250\" \/><\/a><\/p>\n<div class=\"thumbcaption\">\n<div class=\"magnify\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div class=\"thumb tright\">\n<div class=\"thumbinner\">\n<div class=\"thumbcaption\">Dataran di hadapan pusat membeli-belah <a title=\"Pavilion Kuala Lumpur\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Pavilion_Kuala_Lumpur\">Pavilion Kuala Lumpur<\/a> pada 20 Mac 2020 semasa perintah kawalan pergerakan<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<h3><span id=\"Keperluan_asas\" class=\"mw-headline\">Keperluan asas<\/span><\/h3>\n<p>Sebelum Malaysia mengumumkan &#8220;kawalan pergerakan&#8221;, kebanyakan pasar raya di seluruh negara mula menerima pembelian barangan keperluan secara mendadak terutama sekali bekalan topeng kesihatan yang terhad menyebabkan harga topeng meningkat secara mendadak. Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Malaysia berkata dalam ucapan televisyen pada 16 Mac bahawa beliau yakin bekalan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan (termasuk topeng kesihatan) mencukupi di seluruh negara, sambil menambah bahawa <a title=\"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Kementerian_Perdagangan_Dalam_Negeri_dan_Hal_Ehwal_Pengguna_Malaysia\">Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna<\/a> akan memantau bekalan makanan dan permintaan harian pasaran semasa tempoh penutupannya.<sup id=\"cite_ref-lockdown_7-1\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-lockdown-7\">[7]<\/a><\/sup><\/p>\n<h3><span id=\"Pengangkutan\" class=\"mw-headline\">Pengangkutan<\/span><\/h3>\n<p>Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di <a title=\"Singapura\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Singapura\">Singapura<\/a> dan warga asing bergegas kembali ke pusat pemeriksaan imigresen dengan harapan untuk kembali ke Singapura sebelum perintah itu dikuatkuasakan. Pihak pengangkutan awam yang berpusat di Singapura telah mengatur penginapan sementara di beberapa hotel untuk menampung Kapten Bas Malaysia yang terjejas.<sup id=\"cite_ref-49\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-49\">[49]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-50\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-50\">[50]<\/a><\/sup> Perkhidmatan bas berjadual antara Singapura dan <a title=\"Johor Bahru\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Johor_Bahru\">Johor Bahru<\/a> turut tergantung.<sup id=\"cite_ref-51\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-51\">[51]<\/a><\/sup> Terdapat laporan bahawa kawalan pergerakan juga menyebabkan beberapa kebimbangan di kalangan penduduk Singapura mengenai bekalan makanan mereka yang sebahagian besarnya datang dari Malaysia dimana ia dijamin oleh menteri dan Perdana Menteri Singapura bahawa terdapat bekalan yang cukup untuk negara tersebut.<sup id=\"cite_ref-52\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-52\">[52]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-53\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-53\">[53]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-54\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-54\">[54]<\/a><\/sup> Dalam beberapa masa selepas perintah itu diumumkan di Malaysia, <a title=\"Pembelian panik\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Pembelian_panik\">pembelian panik<\/a> kembali berlaku di Singapura apabila kebanyakan warga Singapura melakukan pembelian di pasar raya di negara mereka untuk stok barangan keperluan asas.<sup id=\"cite_ref-55\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-55\">[55]<\/a><\/sup> Dengan pengumuman kawalan pergerakan, pelbagai pihak misi diplomatik seperti <a title=\"Amerika Syarikat\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Amerika_Syarikat\">Amerika Syarikat<\/a> dan <a title=\"Perancis\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perancis\">Perancis<\/a> telah berhenti mengeluarkan <a title=\"Visa\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Visa\">visa<\/a>, manakala <a title=\"India\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/India\">India<\/a> telah melarang rakyat Malaysia untuk melancong ke negaranya.<sup id=\"cite_ref-56\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-56\">[56]<\/a><\/sup> Rakyat Thailand yang berada di Malaysia turut mula keluar dari Malaysia dalam jumlah yang besar sementara warga Indonesia di Malaysia juga bersedia untuk keadaan seperti yang dilaporkan oleh pihak kedutaan mereka.<sup id=\"cite_ref-57\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-57\">[57]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-58\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-58\">[58]<\/a><\/sup><sup id=\"cite_ref-59\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-59\">[59]<\/a><\/sup> Pihak misi diplomatik yang lain turut memantau keadaan pergerakan yang ketat dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak kerajaan mereka dan kerajaan Malaysia.<sup id=\"cite_ref-60\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-60\">[60]<\/a><\/sup><\/p>\n<div class=\"thumb tmulti tright\">\n<div class=\"thumbinner\">\n<div class=\"trow\">\n<div class=\"tsingle\">\n<div class=\"thumbimage\"><a class=\"image\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Fail:MCO_covid19_Penang_Malaysia_(49687038551).jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/upload.wikimedia.org\/wikipedia\/commons\/thumb\/6\/6d\/MCO_covid19_Penang_Malaysia_%2849687038551%29.jpg\/195px-MCO_covid19_Penang_Malaysia_%2849687038551%29.jpg\" alt=\"\" width=\"195\" height=\"146\" data-file-width=\"4000\" data-file-height=\"3000\" \/><\/a><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"tsingle\">\n<div class=\"thumbimage\"><a class=\"image\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Fail:MCO_covid19_Penang_Malaysia_(49686505698).jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/upload.wikimedia.org\/wikipedia\/commons\/thumb\/c\/c1\/MCO_covid19_Penang_Malaysia_%2849686505698%29.jpg\/195px-MCO_covid19_Penang_Malaysia_%2849686505698%29.jpg\" alt=\"\" width=\"195\" height=\"146\" data-file-width=\"4000\" data-file-height=\"3000\" \/><\/a><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"tsingle\">\n<div class=\"thumbimage\"><a class=\"image\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Fail:MCO_covid19_Penang_Malaysia_(49687039581).jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/upload.wikimedia.org\/wikipedia\/commons\/thumb\/f\/fe\/MCO_covid19_Penang_Malaysia_%2849687039581%29.jpg\/195px-MCO_covid19_Penang_Malaysia_%2849687039581%29.jpg\" alt=\"\" width=\"195\" height=\"146\" data-file-width=\"4000\" data-file-height=\"3000\" \/><\/a><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div class=\"trow\">\n<div class=\"thumbcaption\"><a title=\"Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Lebuhraya_Tun_Dr_Lim_Chong_Eu\">Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu<\/a> dan persekitarannya (<a title=\"Queensbay Mall\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Queensbay_Mall\">Queensbay Mall<\/a>) di <a title=\"Pulau Pinang\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Pulau_Pinang\">Pulau Pinang<\/a> yang biasanya sesak berubah lengang sepanjang perintah kawalan pergerakan pada 22 Mac 2020.<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>Memandangkan jumlah bilangan penumpang berkurangan dengan ketara semasa perintah kawalan gerakan, dan untuk mengurangkan risiko jangkitan penumpang dan pekerja, <a title=\"Rapid Bus\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Rapid_Bus\">Rapid Bus<\/a> akan menyesuaikan kekerapan semua basnya bermula 20 Mac. Mereka juga menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan mereka terlebih dahulu. Kaunter perkhidmatan pelanggan di <a title=\"Stesen Pasar Seni\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Stesen_Pasar_Seni\">Stesen Pasar Seni<\/a> juga ditutup buat sementara waktu bermula dari 20 Mac.<sup id=\"cite_ref-61\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-61\">[61]<\/a><\/sup> <a title=\"Rapid Ferry\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Rapid_Ferry\">Rapid Ferry<\/a> juga telah membuat penyesuaian dengan mengurangkan kepada dua feri setiap hari untuk beroperasi bermula dari 20 Mac. Setiap peralihan akan diubah dari waktu asal 20 minit kepada 30 minit. Selepas jam 10 malam, kekerapan perkhidmatan feri akan berubah menjadi 1 jam. Bagi masa perjalanan feri yang terakhir, ia akan bergantung kepada masa ketibaan bas terakhir di Penang Sentral. <sup id=\"cite_ref-62\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-62\">[62]<\/a><\/sup><\/p>\n<p>Bermula 4 April 2020, disebabkan perintah itu, yang mengakibatkan pengurangan yang signifikan dalam aliran penumpang, kesemua perkhidmatan rel <a title=\"KLIA Ekspres\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/KLIA_Ekspres\">KLIA Ekspres<\/a> akan digantung sehingga akhir tempoh kawalan. <sup id=\"cite_ref-auto_63-0\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-auto-63\">[63]<\/a><\/sup><\/p>\n<h3><span id=\"Tangkapan\" class=\"mw-headline\">Tangkapan<\/span><\/h3>\n<p>Pada 2 April 2020, <a title=\"Menteri Pertahanan Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Menteri_Pertahanan_Malaysia\">Menteri Pertahanan Malaysia<\/a> Datuk Seri <a title=\"Ismail Sabri Yaakob\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Ismail_Sabri_Yaakob\">Ismail Sabri Yaakob<\/a> melaporkan bahawa 4,189 individu telah ditangkap sejak dua minggu lalu kerana melanggar perintah kawalan gerakan. Daripada jumlah ini, 1,449 individu telah dituduh di mahkamah. Pesalah ketika PKP dikenakan denda sehingga RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.<sup id=\"cite_ref-64\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-64\">[64]<\/a><\/sup> PKP telah menyebabkan penurunan kadar jenayah kebangsaan sebanyak 70%.<sup id=\"cite_ref-65\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-65\">[65]<\/a><\/sup> Data daripada <a title=\"Kementerian Wanita dan Keluarga Malaysia\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Kementerian_Wanita_dan_Keluarga_Malaysia\">Kementerian Wanita dan Keluarga<\/a> mencadangkan kenaikan sedikit <a title=\"Keganasan rumah tangga\" href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Keganasan_rumah_tangga\">keganasan rumah tangga<\/a> di seluruh negara semasa PKP, bagaimanapun ianya terkawal.<sup id=\"cite_ref-66\" class=\"reference\"><a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020#cite_note-66\">[66]<\/a><\/sup><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020, oleh itu &#8220;kawalan gerakan&#8221; dilaksanakan di seluruh negara.[2] Kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai &#8220;Kuarantin Malaysia&#8221; &nbsp; Kronologi Pada 16 Mac [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":663,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-879","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/879","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/users\/663"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=879"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/879\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":880,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/879\/revisions\/880"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=879"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=879"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/nizamray\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=879"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}