


Majlis Perpisahan Nazri telah diadakah pada 26 Oktober 2023 di Bilik Mesyuarat Utama, UTMDigital. Beliau telah mendapat tawaran bekerja di syarikat swasta. Selamat maju jaya.
Program ini telah diadakan di Bayu Balau Beach Resort pada 20 Oktober 2023 hingga 21 Oktober 2023. Saya dan team telah dilantik sebagai fasilitator yang akan mengendalikan acara sukaneka. Pelbagai acara sukan yang telah diadakan untuk kanak-kanak, staf dan pasangan. Seronok tapi barai sangat bila dah sampai kat rumah. HAHAHAHA.
Happy birthday Kak Ida. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya. Hari ni 17 Oktober 2023. Saya bawa Kak Ida birthday treat di Hotel Impiana, Senai. Thank you for being my best friend.
Majlis Penghargaan dan Kecemerlangan Staf UTMDigital 2023 telah diadakan pada 5 Oktober 2023 di Thistle Hotel, Johor Bahru. Tema untuk tahun ini adalah putih biru.
Majlis Perpisahan Puan Salina telah diadakan pada 1 Oktober 2023 di Bilik Mesyuarat Utama, UTM. Beliau akan berpindah ke Research Management Centre (RMC). Selamat maju jaya Kak Salin.
UTM Staff Games 2023 Olahraga telah diadakan di Stadium Azman Hashim pada 5 Ogos 2023. Saya mewakili UTMDigital bagi acara lompat tinggi. Eh? hahaha. Gurau je. Saya mewakili UTMDigital bagi acara lontar peluru wanita veteren. Tak menang pingat sebab peserta semua hebat-hebat tapi seronok la dapat jumpa kawan-kawan dari PTJ lain.
Majlis Penghargaan Izzat telah diadakan pada 13 Julai 2023 di Bilik Mesyuarat Utama, UTMDigital. Beliau akan berpindah ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Beliau sangat aktif mewakili UTMDigital dalam acara sukan seperti bola sepak, futsal, larian dan lain-lain. Selamat maju jaya.